Sedap betul Miang Pla di Dusun Riffaa, Changlun

dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

Bulan lepas, aku teringin nak makan miang pla dan sememangnya orang kedah mesti terkenal dengan Dusun Riffaa.. Nama saja orang kedah tapi sampai ke haritu, baru aku sampai. hehe. Jauh juga lokasinya kalau dari Pendang, rumah aku. Kena bertolak dari tempat kerja baru rasa dekat sikit. Lepas je habis kerja khamis, pukul 3 kami dah gerak. Alhamdulillah orang tak ramai.


dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

Walaupun orang tak ramai, servis agak lambat.. tapi kami masih boleh tunggu.. Hampir 30 minit lebih.. Inilah yang kami order, total dalam RM150.. Ada daging bakar, miang pla, sup tulang, ayam goreng, kengsom udang galah, telur dadar dan kerabu mangga..


dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

Miang pla dia aku bagi 4.5/5.. Sedappp! Ikan dia dimasak dengan sempurna.. haaa gitueww. hehe. Jangan makan kulit ikan pulak ye, sebab masin. Disalut dengan garam.. Bab sos dia tuu aku suka! dorang sediakan 3 jenis sos pencicah. Ada yang rasa pedas, ada rasa masam dan manis. Sempurna! 

Korang kalau kesini wajib cuba menu ni.. Dorang cakap kalau nak tambah sos dan sayur boleh tambah je tanpa ada cas tambahan. free! pergi je ambil sendiri.


dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

Daging bakar aku order 2 pinggan sebabnya kami berlima. Sumpah sedap daging bakar dia. aku suka.. tapi macam biasa lah seorang busyra memang tak makan liat sikit pun! hehe.. Alhamdulillah daging dia mostly tak liat.. Kuah dia aku suka sebab ada pedas masam! 4/5 rating! Ni pun menu wajib tau untuk korang. 

Untuk kerabu mangga dia pun sedap. Dorang letak ikan bilis. tapi ikan bilis agak keras. Bagi aku kalau tak letak pun, okay je. dah sedap dah kerabu tu.. Cuma aku faham, konsep kerabu yang ala-ala thailand, kena letak ikan bilis.

dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

First time aku makan kengsom udang galah. Untuk aku yang penggemar pedas, rasa dia memang pedas. Korang yang tak makan pedas tu jangan order. Atau kalau teringin juga nak rasa, mungkin boleh request kurang pedas.. Rasa pedas, masam dan manis balance.. 3.5/5. Cuma aku kurang suka kengsom.

Sup tulang dia umphhh! 4/5.. Rasa pedas cukup! Aku memang suka sup yang jernih macam ni.. Rasa fresh sangat bila hirup. Tambah pulak cuaca sejuk.. Memang surrr..



dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

Tak sempat nak ambil gambar kawasan dusun riffaa. Tempat dia memang selesa dan banyak meja.. Tak risau kalau ramai orang sekali pun.. Ada banyak pilihan tempat duduk. Nak yang atas kerusi atau bersila, vibes macam makan dirumah..

dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

Untung sebenarnya dapat kawan yang pandai ambil gambar kita.. haha. Hulur je phone korang, dorang terus snap. Haritu ada yang komen cakap aku guna kamera apa untuk snap gambar makanan. Aku hanya pakai phone je. Iphone 13 pro.. Gambar memang jelas dan cantik.

dusun riffaa, miang pla siakap, kengsom udang, dusun riffaa changlun,

📍CFFF+G5, 06010 Changlun, Kedah (waze Dusun Riffaa)

⏰Buka setiap hari (11.00 pagi - 7.00 malam)

5 comments

  1. Sedapnya especially miang pla tu.

    ReplyDelete
  2. Dah masuk wish list utk food hunting balik kampung nanti :D

    ReplyDelete
  3. Telur dadar tu cantik. Lembut je tengok.

    ReplyDelete
  4. Yeahhh ..makanan kt dusun riffa memang semua sedap-sedap .. miang pla pun marvelous..

    ReplyDelete
  5. Miang pla ini mengingatkan saya dengan menu ikan bakar dari Laos saat kesana dulu. ikan disalut garam, lalu dibakar. Kulitnya memang asin, tp daging sedaaap sangat. miang pla ini seperti itu juga kan. Dari deskripsi Kaka, nampak sangaaat sedap🤤🤤

    ReplyDelete