Kopi RM3 tepi 7 Eleven Samila Beach, Songkhla

Monday, July 01, 2024

Samila Beach, Songkhla, kopi sedap di Hatyai,

Hai semua..

Jumaat lepas aku pergi Thailand dengan kawan-kawan, 2 hari 1 malam.. Banyak entri akan menyusul ye. hehe.. Penuh gallery simpan banyak gambar nak story disini.. Memang agak padat satu hari nak pergi semua tempat.. Salah satunya adalah Samila beach. Tempat wajib untuk korang kalau nak ke Thailand.

Samila Beach, Songkhla, kopi sedap di Hatyai,

Samila Beach, Songkhla, kopi sedap di Hatyai,

Aku jumpa satu gerai kopi yang harganya hanya RM3 saja.. Teruja aku bila dapat kopi dengan harga yang berbaloi. Bagi aku, rasanya yang sedap tak setanding dengan harga murah macam ni. Tak manis sangat dan tak pahit sangat.. sesedap rasa.

Selain dari kopi.. teh ais dan green tea pun ada!

Samila Beach, Songkhla, kopi sedap di Hatyai,

Lokasi kedai akak ni mudah je, korang cari 7 Eleven, haaa sebelah dia.. Aku pun tak tau nama gerai akak ni apa, sebab gerai biasa tepi jalan.. tapi rasa dia macam harga RM9..

Samila Beach, Songkhla, kopi sedap di Hatyai,

Korang tau tak, time kami sampai sini kan banyak betul bas.. Rupanya tourist dari Indonesia.. Aku suka tengok dress up dorang. Nampak lain dari yang lain. Cara pakai tudung pun lain dengan orang kita. 
Read More