Minum di Kopi Hutan, Bukit Bendera Penang - Kali kedua kesini

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Hai semua..

Aku pernah ke Kopi Hutan tahun 2020. Sekarang dah 2024, singgah lagi kesini.. Best sebenarnya dapat masuk sini.. Rasa tenang dapat tengok pokok-pokok hijau dan udara pun nyaman.. Cuma nak naik kesini tu yang malas. haha. Nama pun Bukit Bendera kan, mesti lah atas bukit tinggi. Those yang tak suka hutan dan kopi better jangan naik, nanti rasa rugi. Untuk pencinta hijauan saja yang aku rasa berbaloi bila sampai diatas.

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Korang yang belum baca entri aku 2020 boleh ke SINI.. 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Banyak juga tourist time aku sampai. Ada sorang perempuan ni, cantik non muslim.. Dia mintak aku snap gambar dia dekat signboard Kopi Hutan. Then dia cakap "cantik banget foto kamu ambil".. haha, aku tak expect dia chinese indonedia.. Dia sangat sopan dan ramah.. 

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Aku order air kopi hutan.. Ini signature dorang.. Kalau kesini tapi tak order air signature, rugi lah kan.. Rasa dan aroma kopi dia tu memang lain dari yang lain.. Tak jumpa di cafe lain.. Dorang sediakan kopi tanpa gula. So kita yang kena add on gula sendiri.. Aku order untuk 1 pax je. Itu pun dah boleh minum 2 cawan.. Kawan aku order teh panas.. Sedap juga.

kopi hutan, penang hill, bukit bendera, cafe kopi hutan, tempat menarik di penang, makan sedap di penang,

Overall aku suka tempat macam ni.. Banyak ja rumah orang-orang kaya dibina di sini. Tapi untuk aku buat rumah disini, tak kottt. hahaha. siang okay la, kalau malam mau lari.. hehe..

Aku ada tanya abang buggy (yang bawa kami naik ke kopi hutan) "depa orang kaya sini kalau beli barang dapur/ barang rumah macam mana?".. Abang tu jawab "depa guna heli peribadi".. Wauuu dasyat ahh..

Bagi yang belum tahu, lokasi kopi hutan ada di atas Bukit Bendera.. Korang kena naik Bukit Bendera dulu, then naik buggy pulak untuk ke sini..

📍 Summit road, Penang Hill, Penang, Malaysia 11500

⏰Buka setiap hari (9.00 pagi - 5.30 petang)

5 comments

  1. Lamanya tak pi BB rasanya masa kecik last pi sana. Nak pi masa anak kecik hari tu tak sanggup nak q ramai orang.

    ReplyDelete
  2. Baru petang tadi anak share gambar minum petang di Kopi Hutan. Tengok menu pilihannya, chicken pie, terus rasa hendak ke sana padahal Disember 2023, Februari dan Mei 2024 dah ke Georgetown tapi tak terfikir hendak ke situ.

    ReplyDelete
  3. Dah tak ingat kapan terakhir ke bukit bendera 😅😅. Rasanya macam saat kuliah dulu di Penang , dah lama sangaaaat itu 😁. Jujurnya saya dah lupa bentuk tempatnya.

    Tapi tuhlah akhir june ini ke Penang lagi, JD teringin pula ke bukit bendera kak 😄. Kalo dulu kan pergi sendiri belum nikah. Skr dah ada anak, biar mereka lihat juga 😁

    ReplyDelete
  4. Best ngopi dekat kopi hutan nii .vibes dia tu memang healing teruk laa .. ngopi di celah pokok hijau ..dengan alunan kicauan burung memang rinduuu sangat vibes ni

    ReplyDelete