Hai korang.. Minum coffee lagi guyss! Kali ni di Kona Kopi, Lepai Langgar Alor Setar.. Cafe comel ni dah lama aku nak singgah cuma tak berkesempatan sehinggalah semalam.. Dapat juga rasa kopi disana.. Jalan ke Kona Kopi memang laluan aku pergi dan balik dari kerja..
Aku order soft cookies with milk, croffle strawberry chocolate, matcha strawberry iced, signature coffee (kona kopi).. Serius sedap gila croffle diaaaa! 100/10.. Korang kalau kesini wajib cuba tau. Ada pelbagai jenis flavour yang korang boleh pilih.. yang biasa tak letak topping apa-apa pun ada.
Puas hati dapat makan croffle disini.. Aku tak tau nak decide rasa dia tu.. Rasanya lebih kurang croffle Donna.. texture tepung yang dorang guna memang terbaik.. Campur pula strawberi dan coklat! mantapp..
Time aku sampai ni dalam pukul 3.30 petang.. Agak panas dan bila cuaca panas sangat, shoot gambar pun kurang cantik.. Aku ada buat video juga di tiktok.. Korang boleh tengok disana.. CalCaramel.
Tempat dia sumpah cute.. Ada tempat parking, memang mudah.. Tapi kalau viral nanti, haaa parking sampai luar la jawabnya. haha.. Korang kena ke sini dalam pukul 6 petang baru redup dan cuaca pun akan sejuk..
Kona Kopi antara cafe yang aku suka di Alor Setar.. Bukan sebab tempatnya cantik tapi makanan pun sedap dan puas hati.. Eh japp. Lupa nak cakap, air signature kopi dia tuu.. punnn sedap! 4/5.. Tak manis sangat dan tak pahit sangat..
Soft cookies pun sedap!
ya Allah, meriahnya makanannya...
ReplyDeletemenarik croffle tu...peminat kopi pasti akan singgah tmpt ni
ReplyDeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteCoffle dengan taburan hirisan strawberry tu .yummyyyy
ReplyDelete