📍25, Lbh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Atelier Coffee di Lebuh Armenian, George Town - Aesthetic Cafe
Thursday, June 27, 2024
Wordless Wednesday 8 : Nasi Ayam Cabai Hijau
Wednesday, June 26, 2024
Nasi ayam cabai hijau tepi jalan (dekat istana anak bukit) ..Rating 3/5 sebab aku tak suka sambal dia
Kopi terbaik di cafe area utara - Aroma yang berbeza
Monday, June 24, 2024
Hai semua..
Bagi penggemar kopi, entri ni khas buat korangg! Tapi yang stay area utara je la. Owner blog pun memang minat kopi kan.. Jadi kalau korang masuk blog ni memang sentiasa akan bau kopi lah ye.. haha. Tau tak apa yang bestnya bila dapat rasa di pelbagai jenis cafe?
Tenang dapat tengok sunset di Batu Ferringhi, Penang
Sunday, June 23, 2024
Resepi Gulai Ikan Temenung dan Bendi
Minum di Kopi Hutan, Bukit Bendera Penang - Kali kedua kesini
Saturday, June 22, 2024
📍 Summit road, Penang Hill, Penang, Malaysia 11500
Dress Labuh Korea Version - Sesuai untuk fesyen simple dan elegan
Thursday, June 20, 2024
Resepi Sup Ayam mudah dan sedap
Sedap juga Snow Doh-Nut di Tehyeish Cafe Sik
Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak – mengandungi aloe vera | membersihkan pori-pori secara mendalam dan tidak mengeringkan kulit
Wednesday, June 19, 2024
Hai korang! Harini aku nak share pasal pencuci muka terbaik ni.. Lama aku tak borak pasal penjagaan kulit muka kan? Haaa meh sini harini nak story sikit.. Bukan setakat nak borak kosong tau, tapi nak share dengan korang yang tengah stress nak cari pencuci muka yang terbaik. Nak ikutkan kulit aku ni, macam-macam jenis pencuci dah aku cuba. Ada yang okay dan ada juga yang naik jerawat dimuka.. Dulu aku jenis hentam je guna pencuci apa ada tapi sekarang ni bila dah meningkat usia, memang dah tak boleh pakai yang bukan-bukan..
Sepanjang 30 tahun, aku tak pernah cuba Hansaegee Nature Cleanser. Cuma sebelum ni aku pernah guna cc cream dorang.. Memang terbaik. Rasa muka macam tak pakai apa-apa. Selesa je.. Dua minggu lepas memang terus decide nak cuba pencuci muka pula..
Korang yang belum tahu, Hansaegee Nature merupakan satu jenama yang terkenal dengan penjagaan kulit wajah yang dah lama bertapak di Malaysia.. yang bestnya semua produk mereka 100% Original Made in Korea. Aku memang sangat suka produk dari Korea sebab mostly dorang menggunakan bahan organik.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser – pencuci muka aloe vera
Diperbuat dari Aloe Berbandesis Leaf (daun lidah buaya) dan tea tree leaf oil.
- Aloe Barbadensis Leaf : Melembapkan dan membersihkan kulit, melegakan sunburn, merawat jerawat, anti-keradangan serta mengurangkan tanda bintik gelap.
- Tea Tree Leaf Oil : Melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat, membersihkan kulit serta mengurangkan jangkitan.
Selain dari 2 bahan utama di atas, ia turut kaya dengan Salvia officinalis (Sage) Leaf Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract, Rosmarinus officinalis (Rosemary) Extract dan Jasminum Officinale (Jasmine) Extract.
Review
Aku suka betul packaging botol cleanser ni.. Sederhana besar yang bersaiz 150ml. Mudah guna sebab jenis pump je. Then ia berbentuk cecair foam.. Produk yang sangat memudahkan pengguna..
Muka aku jenis normal je cuma kadang tu bila naik jerawat seketul dua, rasa geram nak picit.. Aku tak pernah skip cuci muka guna cleanser Hansaegee Nature pagi dan malam. Dari situ jerawat kecil makin mengecut. Korang pernah tak rasa bila cuci muka tapi feeling tu tak sampai. haha.. Macam tak puas, rasa tak bersih.. haaa itulah yang aku rasa sebelum ni. Tapi lepas guna Hansaegee Nature rasa pori-pori muka bersih sangat.. Tak perlu buat double cleansing dah.
Lagi satu yang bestnya korang tau tak, kulit aku kalau bangun pagi mesti berminyak banyak.. Selepas guna ni, minyak makin berkurang dan muka rasa lebih selesa bila bangun tidur. Kulit muka pun rasa lembap.. Kalau dapat reward, pencuci muka untuk kulit berminyak, confirm Hansaegee Nature menang! Heee..
Korang tengok lah foam dia tuuu.. best gilaaa!
Cara Penggunaan
Basahkan muka korang dengan air, kemudian picit cleanser pump Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Rata keseluruh wajah dan urut perlahan-lahan dalam masa 1-2 minit. Akhir sekali, bilas dengan air bersih.
Kelebihan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
1. Membantu membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kulit wajah
2. Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
3. Merawat masalah jerawat + jeragat
4. Membantu mengawal sebum dan minyak yang berlebihan
5. No harmful ingredients
6. Memberi kelembapan + tidak mengeringkan kulit wajah
7. Pencuci muka untuk semua jenis kulit especially kulit sensitif
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
10 Cafe Menarik di Alor Setar Kedah
Tuesday, June 18, 2024
Hai.. If korang bukan orang Kedah yang datang melawat kesini, pasti mencari cafe menarik dan sedap kan? Bahkan orang Kedah sendiri masih ada yang belum tau cafe yang boleh korang singgah, makan dan tenangkan fikiran.. Banyak tau cafe sekarang yang mengamalkan konsep tenang dan santai. Sampaikan korang boleh buat kerja disitu.
Aku selalu ke cafe dan masih terus mencari cafe yang best bukan sebab duit banyak tapi disebabkan dengan cafe lah aku boleh healing.. hehe. Rasa best dan inilah terapi aku.. Selepas dikumpul beberapa cafe, jadi aku masukkan dalam satu entri untuk memudahkan korang tengok pada senarai yang aku tulis dibawah.
1. Cafe Simpol
Aku order Croissant dan Iced Buttercream Latte.. Sumpah sedap korang! Ini satu-satunya cafe yang jual pastri paling sedap aku pernah rasa di Alor Setar. Korang wajib cuba kalau ke sini.. Even croissant yang aku ambil ni kosong je tak ada apa-apa flavor tapi cukup buatkan dia sedap dengan rasa manis tepung yang dibakar.. 5/5 rating aku bagi!
2. Cafe Art Nature Gallery
Aku order Coconut Latte dan Caramel Latte.. Sampai lah ke cafe mana pun caramel latte aku tak kan tinggal. haha. Maka dengan itu busyra takiyudin dapat compare kan dengan semua cafe. yang mana palinggg sedap! Caramel Latte - RM11.. Coconut Latte - Rm17..
3. Cafe Warong.
Aku cuba latte ais (tambah gula).. untuk penggemar kopi macam aku, dah okay rasanya. tapi kalau yang tak minum kopi, mesti akan cakap rasa air ni pahit. Selain dari tu, ada kopi o ais. Sedap dan kena bila makan dengan nasi goreng..
4. Cafe Kona Kopi
Aku order soft cookies with milk, croffle strawberry chocolate, matcha strawberry iced, signature coffee (kona kopi).. Serius sedap gila croffle diaaaa! 100/10.. Korang kalau kesini wajib cuba tau. Ada pelbagai jenis flavour yang korang boleh pilih.. yang biasa tak letak topping apa-apa pun ada.
5. Cafe 92 Celcius
Siapa orang kedah yang belum pernah sampai ke 92 Celcius? boleh lah cuba nanti. Aku pun first time sampai.. Nak cari cafe ni mudah je (tingkat atas), waze pun senang.. Sumpah sedap Quesadilla diaaa! tak rugi aku cuba. Rating 5/5.. Rasa semua cukup. Ada cheese, ayam then tomato sikit. hmm sedap.
6. Cafe Buna
Roti Cheesy Garlic Baguette penuh dengan cheese dan sumpah lembut sangat. Garing ditepi dan lembut ditengah. Rating 100/10.. haha. korang yang stay di Alor Setar wajib cuba this menu! Rasa pedas-pedas chili flakes tu bertambah selera. rasanya dorang letak daun parsley juga. Harganya berbaloi, murah..
7. Cafe Pintu Sepuloh
Portion untuk menu Aglio Olio Chicken Grill memang banyak. Dengan chicken grill sebesar alam tu.. haha. memang makan kenyang. Rasa bawang putih dan cheese dalam spaghetti memang ngam!. Puas makan. boleh kongsi 2 orang sebenarnya portion macam ni.. Rating 4/5.
8. Cafe Lot 21
Untuk yang nak buat kerja guna laptop dalam keadaan yang santai-santai, haaa cafe ni aku suggest! tenang dan tak ramai orang.. nak ala-ala hipster, inilah tempatnya.. hehe.. sebab ada cafe jenis yang ramai orang, sampai rasa tak tenang, bising.. cafe ni aku puji, terbaikkk! layanan dorang pun okay, so far..
9. Cafe Kopi & Seni
Haaa inilah menu yang aku paling suka.. terpaling sedap weyhh! korang wajib try kalau ke sini.. Ayam yang di marinated ni rasanya semua cukup.. ayam masih terasa juicy.. yang penting sos black pepper diaaa! aku selalu akan compare kan sos chicken grill dekat mana-mana cafe yang aku pernah makan. So far ada ni antara yang tersedap.
10. Cafe Mansion 28
Laluan ke cafe ni agak kedalam sikit.. dia bukan bersebelahan jalan utama.. bagi sesiapa yang familiar dengan alor setar, korang mesti tau ktm kan? haaaa Mansion 28 Cafe berdekatan area situ.. first aku tengok cafe ni terus rasa macam zaman english.. warna cafe dan susun atur di dalamnya sangat tenang.. sesuai jugak untuk yang nak siapkan kerja.. minum coffee sambil santai-santai..
Semoga bermanfaat untuk semua.. Nantikan part 2.