Richiamo Coffee pengganti ZUS.. Terpaksa beralih arah.

 
richiamo coffee, zus coffee, gg coffee, free palestine,

Hai korang.. Macam korang tau, aku peminat tegar Zus Coffee.. Boleh dikatakan banyak koleksi Zus, aku ada.. Tak kisah lah samaada yang kena beli atau memang dapat dengan pembelian air.. Tapi apakan daya ada isu macam sekarang ni.. Aku memang kecewa dengan tindakan ZUS Coffee.. 


Inilah jihad kecilku untuk saudara disana.. Kalau dulu hampir setiap hari aku akan order Zus.. Tapi sekarang hanya mampu tengok saja.. Sorry untuk richiamo coffee sebab expectation aku terlalu tinggi.. huhu, aku tak berapa suka rasanya.. Tapi bukan aku kata tak sedap.. Cuma mungkin ada lagi yang perlu ditambah baik.. 

Kenapa aku cakap macam tu disebabkan sebelum ni, aku pernah order Hazelnut Coffee, rasa manisnya yang melampau dari rasa coffee.. Tapi semalam, aku order di outlet Pendang, alhamdulillah rasanya okay pula.. Pelik jugak kenapa rasa boleh berubah-ubah mengikut outlet.. 

Ada lagi satu coffee yang aku suka iaitu GG Coffee. Tak boleh nak minum selalu sebab tak ada di Pendang.. Nak minum kena ke Alor Setar ataupun Jitra.. Untuk penggemar kopi macam aku memang kena cari tempat baru yang boleh selalu beli..

richiamo coffee, zus coffee, gg coffee, free palestine,

5 comments

  1. Cuba Kenangan Coffee pula, sedap.

    ReplyDelete
  2. nampaknya begitulah juga kena beralih arah, mujur juga sekarang ni banyak pilihan lain yang ada ... :)

    ReplyDelete
  3. Sy dari dulu tak minum mana2 kopi... Sy buat kopi sendiri kat rumah ja hehe..

    ReplyDelete
  4. Jihad kecil kan . Sama laaa terpaksa ..nak cari sesedap Zus Coffee ni masih belum jumpa taste yang sama . Nak tak nak kena move on juga

    ReplyDelete