Hai semua.. Baru sempat nak menulis disini. Paling laju kalau update di Instagram. hehe. Alhamdulillah syukur sangat dapat jumpa lagi Aidilfitri 2024.. Banyak benda yang aku belajar, yang baik dan yang memberi pengajaran.. Selepas Ramadan, semua orang mesti ada niat nak ubah diri kearah yang lebih baik kan? Begitu juga aku sendiri. Ramadan banyak mengajar kita dari semua aspek dalam kehidupan. Sabar, sayangi orang terdekat, tidak mengeluh dalam sesuatu perkara.. Haaa bab mengeluh ni, aku nak story sikit dekat korang..
Sehari sebelum raya iaitu hari last puasa (Selasa), kereta aku buat hal. Mati tepi jalan.. Allahu Akbar, dugaan yang besar untuk aku pada hari tu. Dekat sejam jugak aku disitu tanpa aircond. Time tu pukul 5 petang.. Singkatkan cerita, towing datang dan kawan aku pun sampai untuk ambil aku.. Aku ni manusia biasa, yang tak lari dari sifat mengeluh sebab penat sangat, dengan puasa lagi haritu.. Tapi lepas settle semua, malam tu terus muhasabah diri..
Allah bagi ujian sebab dia sayang. Selalulah berprasangka baik pada DIA.. Kita ni pendosa, dengan ujian yang diberi pada kita adalah untuk menghapus segala dosa yang ada. "Jangan mengeluh Busyra".. Itu ayat yang aku kata untuk pujuk hati..
Tahun ni adalah tahun ketiga tanpa sosok seorang ayah.. Rindu sangat. Tapi rindu tu mengajar aku untuk lebih menghargai mak.. Al-fatihah ayah..
Salam aidilfitri Busyra
ReplyDelete