Masak Bihun Soto Ayam di Pagi Aidilfitri 2024

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Hai korang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua readers aku. Thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni. Alhamdulillah dah selesai Ramadan. Semoga dapat jumpa lagi Ramadan akan datang.. Malam raya aku baru pergi beli bahan untuk persiapan masak bihun soto. Hari raya pertama aku tak kemana, sibuk melayan tetamu saja. Hari raya kedua, haaa baru nak berjalan. hehe

10 April 2024 (9.00 pagi)

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Aku buat kuah versi cair.. setengah orang suka pekat sikit. Aku nak buat rasa rempah kurma tu light je. Dalam ni aku letak fish ball dan ayam. Resepi nanti aku buat entri lain ye.. 

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Ini lah dia bahan-bahan yang ada dalam bihun soto ayam! Begedil tu aku buat sendiri. yang ni pun aku akan share resepi di entri lain.. InshaAllah.. Taugeh tu tak celur. Lagi sedap makan fresh macam tu.. Nak buat Bihun soto ni mudah saja sebenarnya tapi jadi malas bila nak buat begedil. Kena ambil masa sikit untuk siapkan semuanya..

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Resepi sambal kicap ni, aku ikut sebijik sama macam dalam Tiktok. Sedap sangat! Ada orang share.. Cili padi dan bawang putih goreng dulu.. Jangan letak air ye, guna kicap saja.. Pastikan guna kicap lemak manis. Baru lagi sedap.. Secret ingredient adalah bawang goreng. Korang masukkan sikit je, then blend!

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Ayam tu bila lagi lama masak dalam kuah soto lagi sedap dan lembut isinya.. 

Bila hari raya macam ni, sesekali buat makan. Adik beradik makan bersama. Rasa nikmatnya tu tak kan dapat dimana-mana. Moment indah bersama dengan family. 

4 comments

  1. Bunga api cantik berseri,
    Pelita bulu menghiasa halaman;
    Hari Raya menjelma lagi,
    Tangan dihulur bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
  2. Satu Syawal menjelang tiba,
    Saudara Palestin jangan dilupa,
    Sekiranya ada silap dan dosa,
    Ampun dipinta di hari mulia.

    ReplyDelete