Blogger atau Youtuber lagi best?

blogger, youtuber, idea blog,
 
Ada orang tanya aku Blogger atau Youtuber lagi best? Jawapan aku dua-dua ada special tersendiri.. Aku ada dua-dua platform ni tapi personally aku pilih blog. Even gaji blogger tidak setanding youtuber. Audience lebih sukakan video berbanding penulisan yang hanya membaca dan melihat gambar, ianya lebih bosan.

Nak jadi kedua-dua kerjaya ni kena ada minat yang mendalam. Macam aku cakap aku suka Blogger. Semestinya aku perlukan minat yang cenderung pada penulisan. Susah tau sebenarnya nak buat readers suka dengan hasil penulisan kita.  
 
Jiwa aku memang sangat minat dengan penulisan, cuma kalau hari malas tu datang memang tak sign in pun akaun blogger. haha.

blogger, youtuber, idea blog,

Aku pernah aktif youtube 3 tahun lepas. Mostly video aku tentang braces. Pernah capai view 20k untuk satu video. Masa tu happy bila banyak view dan ramai yang komen. Rasa macam video kita tu beri satu kebaikan pada orang lain.. 
 
 
 
Then aku stop lama sampailah keharini.. Bukan sebab tak minat tapi untuk hasilkan video kita kena setting phone, diri sendiri kena lawa dalam camera dan edit video.. Semua benda tu perlukan komitmen yang tinggi.

Sedangkan Blogger hanya duduk depan laptop dan menaip saja.. Pakai baju kelawar pun tetap onz.. haha. Income Blogger dan Youtuber sama saja, iaitu dari AdSense.. Aku pun tak pandai nak explain pasal benda ni.. Kena tanya yang lebih pakar dalam AdSense..

Walaupun sekarang Blog suam-suam kuku tapi ia tetap no 1 dimata aku. Macam selalu aku cakap, selagi ada Google selagi itulah Blog masih kekal relevan..

5 comments

  1. Lady x pernah cube untuk menjadi youtuber.. tp suka menulis dari zaman sekolah lagi.. kalau dulu tulisan byk tentang ilmu2 tentang kesihatan.. bila dah ada anak, kongsi tentang kehidupan pula.. yg pasti dengan menulis hati lebih tenang untuk orang yang sukar bergaul dengan orang..

    ReplyDelete
  2. Semuanya bergantung kepada minat dan jugak masa yang ada. YouTube pun boleh je. Ada yang video macam guna kamera potato tapi dapat view tinggi. Mungkin sebab content tu ramai yang suka.

    Blog walaupun tak boleh jana pendapatan sebanyak YouTube, tapi kebanyakan content blog sangat bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan walaupun tak formal.

    ReplyDelete
  3. "pakai baju kelawar update blog pun onz" hahahahaha... kan nak update ni as long kita berjaya menulis kira dah jadi kejayaan.. nk update video hurmmmm setuju komitmen tinggi sangat2

    ReplyDelete
  4. banyak komitmen kalau nak buat video dengan content dan hasil yang cantik. kita tak rajin nak ambil video so lebih memilih blog, menulis pun santai-santai je :)

    ReplyDelete
  5. Dedua best . Blogger pun best . Youtube pun best .. tapi kalau nak bagi komitmen untuk dedua ni memang kena ambil masa laa .

    ReplyDelete