Resepi Kerabu Mangga paling mudah

resepi kerabu mangga, mangga epal,


Hai korang.. Alhamdulillah harini Jumaat pertama bulan puasa.. Masak simple je. Tak ke bazar ramadan pun. Sebab malas sangat, dengan cuaca panas sekarang ni.. Semalam aku beli barang basah ketam dan udang, simpan buat stok.. Jadi harini buat ketam masak lemak cili padi dan kerabu mangga. Itu pun dah kenyang.. Bertambah nasi.


Bahan-bahan:

1. 2 biji mangga epal (dihiris cincang)

2. 4 biji cili padi (ditumbuk)

3. 1 atau 2 ulas bawang putih

4. 2 biji bawang merah (dihiris)

5. Segenggam ikan bilis (digoreng)


resepi kerabu mangga, mangga epal,


Cara-caranya:

1. Goreng ikan bilis dan ketepikan.

2. Tumbuk cili padi, bawang putih dan ikan bilis goreng.

3. Gaul semua bahan tumbuk dengan mangga dan bawang merah.

4. Masuk sedikit penambah rasa (pilihan).. kalau tak nak letak pun boleh. Tak perlu tambah garam sebab ikan bilis dah masin.

Selamat Mencuba!

3 comments

  1. Ehh .menu ni sama dengan menu CCL berbuka semalam .. tapi dalam bahan-bahan tu ada tambahan nyior goreng. Buatkan kerabu lagi rasa berlemak

    ReplyDelete
  2. Sedap ni buat makan iftar petang nanti

    ReplyDelete
  3. Walaupun resipi paling mudah tapi inilah menu paling sedap!

    ReplyDelete