Puisi #34 Tak Terulang | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian.. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia berbentuk bebas.
Puisi Tak Terulang
Berlari aku di tepi taman
Asyik seronok bersama teman
Aku toleh kiri dan kanan, senyum terasa nyaman
Sekilas lagi, rupanya 5 tahun lalu tinggal kenangan
Temanku sayang
Ini dunia, ada yang masih kekal, ada yang sudah hilang
Dulu aku pernah kata, jangan sampai masa terbuang
Kerana semalam pasti menjadi kenangan yang tak lagi terulang
-busyratakiyudin-
Semalam tetap menjadi ingatan serta kenangan dalam kehidupan
ReplyDelete