Air segar tekak di Casacuppas Bazar Aidilfitri Pekan Rabu

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Malam selepas berbuka puasa haritu, kami singgah di Bazar Aidilfitri Pekan Rabu, Alor Setar. Vibes ala-ala zaman dulu.. Cantik sangat. Ada booth makanan dan pakaian. Tempat duduk pun disediakan. Kalau nak lepak situ dulu pun boleh je. Mula tu aku nak beli coffee tapi disebabkan nak rasa fresh, order lah air passion iced.. Aku memang nak air yang masam-masam..

First time aku dengar Casacuppas! Rupanya dorang baru ja buka. Aku ada tengok di Instagram, memang baru nak berjinak-jinak bisnes di Instagram. Semoga bisnes anak muda ni berjaya. Ada tengok customer yang beli coffee dorang, memang bagi rate 4/5.. Nampaknya sedap lah tu.

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Untuk air Passion aku beli ni, sedap! Ada daun pudina. cumanya masam level 4.. Mungkin boleh kurangkan masam tu sikit. Maybe dia dengar kot, aku dok cakap dekat kawan aku "Aku nak air yang masam-masam ja. Tak mau manis".. hahaha kan dah kena masam betul..

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,

Sempat juga lah aku membeli perfume dan accesories cincin.. Murah gila weh! Perfume RM10. Bauan dia aku ambil vanilla. Of course sebab aku memang suka perfume yang bau manis. Cincin pulak RM3.. hehe. Comel tau!

Ah lagi satu sempat grab tudung Shawlpublika code Jasira! Aku memang dah lama usha dekat Tiktok. Cuma belum payment ja. haha.. Bila dah nampak ni apa lagi terus grab. Tak fikir dua tiga kali lagi dah. haha

Korang dah baca belum entri aku berbuka di Masjid Zahir? Kalau belum go now. haha. Paksa eh!

Passion Iced Tea, Baazar Aidilfitri Pekan Rabu Alor Setar,


3 comments

  1. Ni kalau dapat masa berbuka, mau terus habis seteguk. 😅

    ReplyDelete
  2. Bestnya Pekan Rabu. Macam-macam ada di situ kan.

    ReplyDelete