Sungai Petani memang kaya dengan cafe.. Banyak sangat sampaikan tak tersusun satu persatu.. Seronok dapat tengok vibes cafe masing-masing.. Ada yang ala vintage, ada pula yang berkonsepkan modern. Minggu lepas aku singgah di Kopi Tamu. Mostly yang aku pergi mesti sumbernya dari Tiktok. Kalau review cakap okay, aku pun cubalah sendiri.
Aku suka vibes di sini.. Rasa tenang je. Kalau malam korang boleh duduk diluar. Lagi best! Cumanya time aku datang sini masih panas. Jadi duduk la dalam dapat rasa aircond. Nak access ke sini aku sampai 2 kali pusing sebab cafe ni agak tersembunyi. Kena masuk dalam sikit.
Zoom in sikit guys! Aku pilih Latte, add on syrup.. Sedap! 4/5.. Rasa creamy dan tidak terlalu pahit. Warna dia pun cantik! Cup dia jenis kecil. Jadi bila korang minum tu, cukup-cukup je rasa..
Selain dari minum, aku juga ada order makanan.. Mostly harga makanan dalam RM20 ke bawah. Mahal bagi aku. tapi sebab sedap, boleh cover! Rate untuk makanan 4/5..
📍No 20B, Kompleks Perkim, Jalan Pegawai, Kampung Teroi, 08000 Sungai Petani
⏰Buka setiap hari kecuali Isnin (4.00 petang - 10.30 malam)
makanan dia macam sedap jadi berbaloi bayar, btw nice cafe dia nampak cozy
ReplyDeletecuti sekolah kali ni x pergi lagi kedah...
ReplyDeleteAloq setaq , SP banyak juga ni tempat ngopi
ReplyDelete