Lama sebenarnya nak pergi makan Laksa tepi sungai ni tapi tak berkesempatan sampailah minggu lepas tercapai juga. Agak susah nak ikut lokasi dalam maps sebab kedai dia kena masuk jalan kecil.. Teringin punya pasal, dua kali juga lah pusing mencari. haha.. Time aku kesini dah lewat, dalam pukul 5.30 petang. tapi orang masih ada yang datang. Parking struggle sikit sebab jalan sempit..
Zoom in laksa pleaseee! Rate 4/5.. layannn.. sebab dia letak cili padi banyak, memang umphhh! telur sebelah. Kuah dia pekat.. Minum pulak laicikang.. Haishhh apa nak kataa!
Sumpah layan gila petang-petang makan tepi sungai.. Dengan kuah laksa panas-panas. Tolong lah korang bayangkan. hehe.
BACA SINI : BURGER HERO PENDANG.. SEDAP BETUL HOMEMADE PATTY!
📍121, Jalan Seberang Perak, Kampung Piew, 05050 Alor Setar, Kedah
⏰Buka setiap hari.. Jumaat Sabtu tutup (12.00 tengahari - 6.30 petang)
uish hantu laksa macam CCL ni kena lajak pi sini
ReplyDeleteLama dh tak makan Laksa.. cantik view tempat makan tepi sungai tu.. :D
ReplyDeletehanya mampu bayangkan jelah, KL takde port macam ni
ReplyDelete