Design Blog mempengaruhi minat pembaca. Betul ke?


Hai guys!


Terdetik nak kongsi dekat semua blogger baru yang ingin berkecimpung dalam dunia blog. First sekali masa korang nak create account, mesti terlintas jugak "Adakah blog masih relevan bila aku buat?"

Of course my dear.. Mesti lah relevan. Banyak pendapat dari blogger-blogger berpengalaman yang dimana dorang masih kekal berblogging. Yang penting minat yang mendalam perlu ada dalam jiwa!


Aku nak tanya korang bila korang masuk dalam sesebuah blog, Adakah design blog memainkan peranan penting dalam pembacaan korang? Kalau aku ya! Sorry aku cakap kalau blog yang memeningkan kepala untuk aku baca, auto aku akan klik pangkah dan tak perlu fikir dua tiga kali untuk terus membaca.


Zaman sekarang pembaca lebih mahukan blog yang clean dan minimalis.. Tak perlu crowded kan blog dengan warna yang menyakitkan mata dan widget yang tak penting.. Macam mana nak cari design blog yang kemas dan cantik? Korang pergi je mana-mana website yang menyediakan template free ataupun berbayar.. SoraTemplates, BTemplates, gooyaabitemplates dan banyak lagi.



BACA SINI : BUKAN SENANG NAK KONSISTEN BLOGGING


Aku laburkan duit sikit untuk blog.. Beli template yang berbayar.. dalam RM60-100 harganya.. Tapi kalau masih belum mahu dan mampu, korang pakai saja dulu template blog yang free.. Cari yang betul-betul bersesuaian dengan niche blog korang. 


Selain daripada penulisan yang baik, orang akan tetap berada di blog kalau blog kita nampak clean dan menenangkan.. So far sekarang ni aku tengok blogger memang dah banyak pakai template yang clean dan kemas. Tak serabut lagi macam zaman dulu..


Pendapat korang macam mana pulak?

9 comments

  1. Betul! Template blog sgt mempengaruhi pembaca untuk masuk ke dalam blog. OM sendiri tak suka blog yang berserabut dgn sidebar dan berat bila loading. OM lagi suka template yg kemas dan laju bila kita msuk dlm blog dia. heheheheheheheh

    ReplyDelete
  2. kalau dulu2 bukak je blog...memacam lagu keluar...hahaha...
    insya-Allah, blog masih releven, kdg2 bukan lah sebab nk tarik pembaca sgt, tapi lebih kepada nak meluahkan rasa hati...hihihi

    ReplyDelete
  3. Sama laa . Suka template yang minimalist gitu . Tak banyak widget

    ReplyDelete
  4. Design blog mmg sgat mempengaruhi.. kena cari template yg responsive n mesra mobile juga...

    ReplyDelete
  5. memang design & template sangat mempengaruhi pembacaan. Kalau serabut ammi pun pening nak baca

    ReplyDelete
  6. Betul dah tu.

    Ada yang suka tengok blog simple, ada yang suka design kreatif, ada yang suka kemas tersusun. Tapi yang paling penting, blog mesti lah tak loading memanjang bila bukak. 😄

    ReplyDelete
  7. Sejak tak bekerja di pejabat.. byk freelance dan tak menyentuh lappy mmg dah kurang berblogging tapi hati rasa rindu untuk menaip.. Klau berblogging dalam fon memang tak puas lagi satu Aini lebih suka menaip di lappy/computer berbanding dalam fon.. (ni tgh on lappy so ada rajin la nk layan blog hehe)

    ReplyDelete
  8. sayang dah nak tukar, kalau nk beli pula nnti blog ni terpinggir.. syg sgt2 rs..

    ReplyDelete
  9. setuju. suka yang minimalist. lagi satu kalau nak galakkan orang komen, reader akan komen yang template comment box dia simple. kalau complicated kiter baca jelah

    ReplyDelete

prev
next