Cerita Tentang Bulan - Kami berlima

cerita tentang bulan, puisi tentang sahabat,


Bila kita menjadi sahabat sampai bila-bila pun kita tetap sahabat.. Biarpun berpisah dunia kerana masing-masing mengejar kerjaya. Perpisahan dalam persahabatan bukan bermakna berpisah selamanya. 


Adakalanya kita akan duduk semeja berborak ketawa, berkongsi cerita.. Sedih itu lumrah manusia. Sifat yang tak boleh lari dan buang.. Bersedih bukan kerana jauh tapi kerana kehilangan orang yang kita pernah ada.


Muka-muka inilah yang menjadikan aku lebih berjaya dimasa depan. Membantu aku disaat aku tidak punya apa-apa.. Bahkan bukan itu saja, mereka tidak pernah lekang dengan ilmu. Tidak peduli soal kerja atau kehidupan dunia.. 


Aku cerita disini biar dunia tahu mereka adalah orang baik yang sentiasa ada.. Sudah ku anggap seperti abang dan kakak, kini berjauhan sudah.. Berhubung di media hijau tidak sama seperti berborak bertentang empat mata.. Semoga persahabatan kita diberkati.


Terima kasih kerana menerima aku sebagai adik yang tidak punya apa-apa. Perkenalan 3 tahun 9 bulan.


Tamat sudah Februari

29/ 2/ 2024

4 comments

  1. Alahai. Terasa sebak pulak baca entri ni . Sedih kan bila berpisah dengan sahabat yang sentiasa ada depan mata tatkala susah senang bersama . Betul kata busyra kadang nak kongsi apa-apa cerita jumpa depan mata baru rasa puas dripada berkongsi luahan melalui wassap kan

    ReplyDelete
  2. semoga persahabatan kalian kekal hingga ke syurga.. ameeennnn

    ReplyDelete
  3. semoga ukhuwah kekal sampai ke akhir hayat

    ReplyDelete