Mengopi di Biji Kupi, Jitra Kedah

biji kupi jitra, biji kupi pendang, cara buat kopi sedap, pastri sedap di alor setar,

Selepas habis kerja, kami melepak di Biji Kupi cawangan Jitra. First time aku singgah disini. Padahal kan cawangan dekat Pendang pun ada tau. haha. dekat betul dengan rumah aku. tapi aku saja nak kesini dengan kawan-kawan. Aku tak pasti Biji Kupi ada buka di mana lagi selain Jitra dan Pendang.


Seronok dapat lepak dan borak dengan kawan sekerja. Boleh hilangkan stress dan penat bila kita kongsi cerita bersama. Kalau nak borak bab kerja mungkin sampai esok pun tak habis. bergosip dari satu cerita ke cerita lain. haha.. tambah pulak gosip perempuan mana tak hangat.


biji kupi jitra, biji kupi pendang, cara buat kopi sedap, pastri sedap di alor setar,


Bila dapat duduk sambil minum santai disini, nampaklah perbezaan untuk kedua cawangan. Jitra lebih selesa dan tenang. walhalnya tepi jalan jugak. maybe disebabkan meja dan kerusi yang berlainan. cara penyusunan tempat boleh jadikan suatu tempat tu berbeza. Tambahan pulak time kami lepak ni, angin sepoi bahasa.. 


biji kupi jitra, biji kupi pendang, cara buat kopi sedap, pastri sedap di alor setar,

Aku order air panas signature biji kupi.. sedap! tak pahit dan tak manis sangat. sedang-sedang ja rasanya.. diri ni kawal ja jiwa yang meronta nak air sejuk. haha. sebabkan baru lepas lega sakit tekak, terpaksa lah berpantang sekejap, 


Untuk yang tak minum kopi, dekat sini ada juga air lain.. teh halia dia pun boleh tahan sedapnya.. korang boleh lah cuba. Dorang bukan semata-mata jual air, tapi pastri pun ada... wehhh sumpah sedap semua pastri disini.. harga RM2 je untuk chocolate roll tu. 


biji kupi jitra, biji kupi pendang, cara buat kopi sedap, pastri sedap di alor setar,

lah tiber gambar ala-ala estetik hehe. Overall tempat best, makanan minuman pun sedap!


Alamat: Jalan Darulaman Jaya 1, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: Buka setiap hari (9.00 pagi - 12.00 malam)


1 comment

  1. Saya dah pasti pilih kopi, karena coffee lover sangaaaat 😄😄😍. Memang kalau jumpa kafe kopi yang cozy, makanan dan minumannya enak, harga pun tak mencekik, dah pastilah jadi tempat favorit untuk meet-up kan 😄

    ReplyDelete