Filem Pendekar Awang 2024 : Darah Indera Gajah

Filem Pendekar Awang, Darah Indera Gajah, GSC Aman Central,


Semalam berkesempatan tengok filem Pendekar Awang.. Hari kedua selepas perlancaran. Seronok dapat tengok cerita bersejarah. Kalau suruh baca buku bab sejarah aku surerender. haha. Wayang start pukul 5.45 petang. 1 jam 50 minit jugak lah ceritanya.. Lama aku tak tengok wayang. Last tengok tahun lepas bulan 10 ke 11 macam tu. Cerita seram.


Filem Pendekar Awang, Darah Indera Gajah, GSC Aman Central,


Kisah yang diketengahkan dalam filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah adalah tentang perjalanan Tok Gajah menuju ke Terengganu bagi mendapatkan bantuan. Jika didengar, bunyinya amat ringkas. Namun, pelbagai halangan dan rintangan dilalui Awang dan seluruh orang kampung untuk melindungi perjalanan Tok Gajah

Jalan cerita dia straight ja, maksud aku tak dak plot twist. Yela sebabnya filem ni memang cerita sejarah. Jadi penceritaan utama adalah tentang pengorbanan dan semangat yang tak pernah padam untuk menyelamatkan tanah melayu.. Tengok dan hayati cerita ni mesti keluar jugak air mata membayangkan nenek moyang kita macam ni lah.. Pengorbanan yang mereka lakukan terlalu besar.


Filem Pendekar Awang, Darah Indera Gajah, GSC Aman Central,

Scene ni sedih.. Masa ni Awang bagitau isteri dia Sayang yang ayah mereka dah meninggal dunia. Padahal sebelum ni mak mereka baru ja kena tikam.. Watak Fattah amin dan Fazura terbaik dalam filem ni.. Seorang suami menenangkan isteri dia dalam kesedihan padahal dalam masa yang sama mereka masih kena berjuang menentang penjajah..


Filem Pendekar Awang, Darah Indera Gajah, GSC Aman Central,


Dalam filem ni aku suka watar Nadhir Nasar sebagai Tahir, adik kepada Awang dan Sayang.. Watak dia memang menjadi dan nampak seorang yang bijak ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dalam menangani penjajah.. 


Filem Pendekar Awang, Darah Indera Gajah, GSC Aman Central,


2 comments

  1. Berapa bintang busyra akan bagi untuk filem ni ?

    ReplyDelete
  2. Dah tgok... sy suka juga cuma dr segi penceritaan mcm tak sampai..

    ReplyDelete