Makan malam di Lee Garden Night Market Hatyai

hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Makan malam di Lee Garden Night Market Hatyai.. | Hai korang.. Siapa dah pernah ke hatyai mesti tau meriahnya Lee Gardan Night Market dorang.. macam-macam jenis makanan ada. haaa time ni lah tekak aku rasa nak beli semua.. haha. semua teringin. tapi bila fikir balik, jangan membazir. beli apa yang rasa nak makan je dan kenyang dek perut tu..


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Time ni aku belum check in hotel lagi. So kita jalan-jalan cari makan dulu di Lee Garden Night Market. Tahun 2019 aku kesana, depan Hotel Lee Garden memang kosong tiada jualan macam sekarang. tapi sekarang ni dah meriah.. makanan banyak. tinggal pilih je nak makan apa. Aku terlupa berapa harga setiap makanan. tapi sebenarnya harga lebih kurang Malaysia ja.


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Somtam memang sedap! tak pedas sangat. dan yang paling best betik dorang memang fresh tak layu (keras lagi) dorang guna memang betul-betul betik muda. dekat gerai akak ni, ada macam-macam makanan. Bukan semata somtam.


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Sebenarnya nak order lagi kerabu maggi tapi disebabkan kami dah makan sebelum sampai sini. perut pun agak kenyang. Tengok udang dan sotong tu memang favorite aku la tu. haha. Semua nampak fresh. Kawasan sini agak padat. kurang sesuai bawak anak kecil. huhu sebabnya nak cari tempat duduk pun susah. 


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Aku beli daging dan ayam bakar. Sedap juga cuma manis sikit. cicah dengan sos pedas. okay lah. Makan yang ringan-ringan je. Nak rasa makanan hatyai. Ayam bakar jenis ni, dekat alor setar pun ada. memang betul-betul kedai patani. jujur aku cakap lebih sedap dari yang aku makan di sini..


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Then aku beli air buah. Sempat snap gambar air laici je. Dorang jual pelbagai jenis air. Aku beli laici dan mixberries. dalam tu memang ada buah sebenar. Harga dia seingat aku dalam (4 botol = 350 bath)


hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


Haaa korang tengok sendiri lah gambar ni.. padat kan? tempat duduk kena tunggu. macam pasar malam kita je. cuma makanan dorang berbeza dengan kita. time aku pi dalam pukul 8 macam tu. Tutup aku tak sure..

hatyai, Lee Garden Night Market Hatyai, resepi somtam,


0 comments