Hidden Studio - 92 Celcius Cafe, Alor Setar | Hai korang.. macam biasa aku dan cafe berpisah tiada. hehe. bukan kerana punya wang tapi itu hobi. Kawan aku ada cakap aku ni berduit sebab tu pergi cafe. tak jugak.. mindset yang salah bagi aku.. kadang aku ke cafe, hanya minum kopi rm11.90..
Dengan makanan kita boleh beli jiwa semula. haha.. Siapa orang kedah yang belum pernah sampai ke 92 Celcius? boleh lah cuba nanti. Aku pun first time sampai.. Nak cari cafe ni mudah je (tingkat atas), waze pun senang..
Quesadilla - RM15
Sumpah sedap yang ni! tak rugi aku cuba. Rating 5/5.. Rasa semua cukup. Ada cheese, ayam then tomato sikit. hmm sedap.
Menu ni aku tak suka.. huhu, sorry to say, kuah dia rasa plain. Kuah dia nak buat ala-ala creamy.. Maybe dorang boleh try improve lagi resepi ni.
Presentation dia cantik. Rasa masam sos tu, then campur lagi dengan nenas.. kurang kena sikit.. tapi tetap boleh dimakan.. aku bagi 3/5.. ayam dia besar, kenyang!
Alamat : 39A, Susuran Tuanku Haminah, PUSAT PERDAGANGAN TUANKU HAMINAH, 05150 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : Buka setiap hari kecuali RABU (1 petang - 10 malam)
Baca Ini : Meatball IKEA tak pernah mengecewakan
0 comments