Resepi Sos Pencicah Thai sedap dan mudah!

Sos pencicah thai,

Resepi Sos Pencicah Thai sedap dan mudah! | Hai korang. Ramai aku rasa suka resepi ni disebabkan tekak orang melayu suka pedas-pedas masam. So jom aku kongsi resepi sos pencicah thai yang sedap dan mudah.


Bahan-bahan sos:

2 biji cili padi merah. (kalau tak ada boleh je guna cili padi hijau)

2 ulas bawang putih

1 sudu sos tiram

2 sudu gula perang (kalau tak ada guna gula biasa pun boleh)

setengah biji limau nipis (ikut tahap masam yang korang suka)


Sos pencicah thai,


Cara-caranya:

1. Tumbuk cili padi dan bawang putih

2. Masukkan sedikit air dan gula, kemudian kacau

3. Masukkan sos tiram dan perahkan limau nipis. siappp! if korang suka daun ketumbar boleh masukkan.


0 comments