Udang goreng kunyit dengan daun limau | Menu simple berbuka | Hai korang.. Aku sampai tak selera dah nak beli makanan di bazar. Sampai tak tau nak makan apa. Biasanya kalau hari khamis, jumaat dan sabtu, aku akan masak lauk sendiri di rumah. Cuma kalau hari kerja saja tak sempat. Balik kerja penat.
Aku nak share menu simple ni dengan korang. Actually menu ni aku olah sendiri. main campak je letak, rupanya sedap juga. Korang kena try nanti, tak kisah lah untuk berbuka or sahur.
Bahan-bahan:
Udang (terpulang nak letak berapa pun)
Garam & Kunyit (gaul udang)
2 ulas bawang putih (kalau suka, boleh letak lebih) ** tumbuk
2 biji cili padi hijau **tumbuk
2 sudu sos tiram
3 helai daun limau
garam secukup rasa
Tak ada idea nak masak sahur? tengok resepi ni > RESEPI SAMBAL KETUK
Caranya:
1. Letak minyak dan goreng dulu udang sekejap, kemudian angkat, ketepikan.
2. Guna minyak yang sama, tumis bahan tumbuk.
3. Bila dah nampak bawang kekuningan, masukkan daun limau, sos tiram dan udang.
4. Perasakan, siappp! bau daun limau tu naikkan selera makan.
Mudah tapi sedap!
0 comments