Kieslect Lady Calling Watch Lora - Smartwatch Comel untuk Wanita | Hai.. aku nak share sikit ni dengan korang. I'm so excited sebab sebelum ni tak pernah ada. Aku beli smart watch dari Kieslect! dah lama sebenarnya decide untuk beli tapi selalu melambatkan niat tu. Kenapa aku pilih jam tangan dari Kieslect berbanding brand lain? haaa jom tengok kenapa aku tertarik.
Jam ni sampai minggu lepas tapi aku baru ada masa nak share dekat blog. Kieslect Lady Calling Watch Lora ni memang harga mampu milik dan pastinya nampak comel. Korang akan dapat 2 jenis tali.. satu jenis magnet satu jenis biasa. so boleh lah nak tukar-tukar kan. Mudah sebab boleh tukar sendiri je. just buka dan letak yang baru. Aku suka tukar ikut outfit aku pada hari tersebut. nampak macam pakai jam baru, padahal tukar tali je.
Setiap hari aku pakai sebab ia sangat memudahkan aku menguruskan aktiviti seharian. Contohnya, aku jenis shopping barang dapur untuk sebulan. Jadi aku ada target berapa amaun yang aku akan belanja. Jadi aku akan guna kalkulator untuk buat kiraan.
Kieslect ni ada beberapa jenis model yang dorang keluarkan. Memang khas untuk lelaki dan ada juga untuk wanita. Aku punya ni jenis model LORA (sememangnya khusus buat wanita cantik diluar sana). hehe. Bila pakai je jam ni rasa sempurna dengan kelebihan yang ia ada. Kalau korang tengok di website dorang, nama panjang untuk LORA adalah Kieslet Lady Calling Watch LORA.
Kenapa Calling? Sebabnya memang untuk membuat dan menerima panggilan dari sesiapa saja dengan mudah. Speaker dia pun kuat tau, dari jauh pun dah dengar. Sebab tu aku suka. duduk dalam kereta tak perlu lagi tengok phone. Biar je jam ni ditangan.. segalanya mudah. Susah kan kalau kita nak tengok phone sambil drive. dan pastinya kalau pegang phone membahayakan diri sendiri.
Aku pilih warna purple sebab nampak soft dan cute.. haa satu lagi, jam ni IP68 water resistant tau. boleh je kalau kena air pun. Kadang kalau balik dari office kan hujan, apa ada hal.. redah je. hehe..
Bluetooth jam Kieslect Lady Calling Watch Lora ni 5.2 dan ia sangat mudah nak connect dengan phone kita. Tapi korang kena download apps "GloryFit" di phone dulu. then baru boleh guna.. Aku suka buka lagu di phone dan dengar lagu di jam ni.
Aku boleh pilih nak track aktiviti apa.. untuk semalam aku just jalan-jalan je dalam taman.
Fungsi lain, aku boleh kira langkah perjalanan pada setiap hari, boleh kesan denyutan jantung dan tekanan darah aku. So secara automatik, aku boleh tau tahap kesihatan aku sendiri. Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang ada.. Korang kena explore satu-satu..
Kieslect Lady Calling Watch Lora
Kod Voucher RM 5 👉 KIESLORA
Kieslect Calling Watch Ks
Kod Voucher RM 10 👉 KIESKS
Untuk pembelian korang boleh beli melalui Shopee
https://shopee.com.my/kieslect.os
Info lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://www.twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
Tiktok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness
cantik! duk usha jugak ni smartwatch baru sbb yang lama charger hilang :3
ReplyDeleteCantiknyaa jam
ReplyDelete