Tiktok Viral : Hannah Cookies Cafe, Kangar Perlis

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Tiktok Viral : Hannah Cookies Cafe, Kangar Perlis | Hai koranggg.. kembali lagi kita dalam rancangan jalan-jalan cari makan sedap. heee.. Banyak juga cafe yang ada di Negeri Perlis rupanya.. Orang cakap negeri dorang kecil, tapi kecil berbisa.. haha. Apa yang bestnya, makanan dorang tak mengecewakan.. Korang jangan lupa marathon entri-entri aku di Perthlis!


Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Cafe ni betul-betul tepi jalan.. tapi kan korang even tepi jalan, aku boleh terlajak jugak lah nak sampai ni pun.. haha. sebab kalau tengok sekali imbas, memang tak perasan cafe nya.. so kena slow sikit time nak sampai tu..


Bagi aku bahagian dalam cafe agak sempit kalau ramai orang.. tapi nasib baiklah dorang sediakan banyak kerusi di luar.. time aku sampai, cuaca agak panas lagi.. so kenalah duduk dalam. mana tak nya aku kan puteri lilin.. haha.


Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Dessert diaaaa tuu. menggugat iman ku.. semua nampak sedap! Ada kek, ada cookies! macam-macam ada, korang sebut ja semua dapat.. hehe. bukan saja ada manisan macam ni tapi main course pun ada. jom tengok apa aku order..


Grilled Chicken  Burger - RM16.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Ayam tu dibakar degan perapan dan rasa dia sedap.. then dorang letak sos warna kuning tuu. aku lupa namanya.. haha. Rasa semua cukup. Portion dia besar juga, if nak share berdua pun kenyang.. dihidangkan dengan fries dan salad. Rating 4/5


Fish & Chips - RM13.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Ikan dia tak hanyir! itu yang penting.. sebab aku pernah makan di beberapa cafe yang ikan tu agak bau sikit.. ni menu kawan aku yang order. Aku kurang sikit fish & chips cuma kalau nak buat raso-raso tu boleh lah. Sos yang disediakan sesuai, kena dengan ikan tu.. Rating 4/5


Mushroom Soup & Garlic Bread - RM7.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Haaa yang ni aku suka.. sedap! mushroom soup dia pekat. cicah pulak dengan roti garlic tuu.. panas-panas, memang kena. Rahsia menu ni jadi sedap adalah sup dia tu kena pekat.. Rating 4/5


Chezzy Meatball - RM10.00

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Meatball dia menepati taste aku.. Sedap! tak keras dan tak lembut sangat.. sedang-sedang je. Sos black pepper dia nampak cair tapi cukup rasa. Salad dia pun segar. 5 ketul meatball dengan harga macam tu, berbaloi.. Rating 4.5/5


Dessert

Hannah Cookies Cafe, Cafe best di Perlis,

Untuk dessert ni harga dia aku tak ingat dah sebab kami add on lepas buat order menu main course.. Ada Macaroon, Creme Brulee dan Mini Tartlet (Dark Choc Callebaute & Biscoff),  .. Semua aku suka kecuali macaroon sebab manis sangat. tapi macaroon memang manis pun kan.. kalau nak makan kena minum dengan air coffee baru hilang manisnya tu..


Baca Ini : Belajar mewarna batik di Batik Inderawasih Perlis


Waktu Operasi : Buka Setiap Hari kecuali Isnin (12.00 pm - 9.30 pm)

Alamat : Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis

2 comments

  1. Wah...menarik betul la...gambar2 Busyra semua cantik...apa yang akam suka kat Perlis adalah makanan murah dan banyak pilihan

    ReplyDelete
  2. dessert paling menarik!.. kemain perthlis skrg mcm2 kedai viral ada

    ReplyDelete