Belajar mewarna batik di Batik Inderawasih Perlis

Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Belajar mewarna batik di Batik Inderawasih Perlis | Hai korang.. ni trip kedua aku datang ke Perlis.. Banyak lagi tempat menarik di sini yang masih tak sempat pergi dan ada dalam list.. Nak habiskan sehari ke semua tempat, memang tak sempat lah kan.. So hari jumaat, aku kesana. Hari cuti jela sempat jenjalan..


Selepas sarapan pagi, aku terus ke Batik Inderawasih. Memang dekat sangat dengan tempat makan (Ngulang Kopitiam).. Aku akan story di next post nanti.. Sarapan pagi yang aku singgah tu pun adalah tempat makan viral di tiktok.


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Masuk ke sini percuma je, kita boleh tengok dorang ajar cara mewarna batik.. kita hanya mewarna je dekat sini bukan mencanting batik.. canting guna lilin cair untuk buat corak garisan dulu sebelum kita mewarna..


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Gambar diatas tu adalah hasil warna dari pelancong yang datang belajar mewarna.. semua boleh cuba sikit-sikit.. banyak tangan dalam satu kain.. Aku sebenarnya kekok sangat nak mewarna.. haha. maklumlah dah lama tak pegang berus.. dan nak mewarna tu memang kena ada skill. bukan main hentam je nak buat kombinasi warna. make sure tangan kena lembut.. 


Aku memang excited sangat nak cuba.. sebelum ni kalau korang tengok entri-entri aku yang lepas, aku tak sempat nak ke sini.. haaa finally sampai juga.. sumpah tenang gila bila dapat mewarna! 


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

okayyy jom-jom mewarna!! haaa aku dah macam budak sekolah dah. haha. kelas seni! lukisan tu kena beli RM10.. corak boleh pilih, cuma time aku pilih tu dah tak banyak corak, maksudnya corak yang sama je ada. but its okay, kita pilih mana yang ada jela.


tempat duduk untuk mewarna boleh pilih nak duduk dimana.. aku pilih duduk diatas, mula-mula agak panas, maybe kami sampai tengahari.. tp bila dah duduk mewarna, then relax relax.. sambil kita menikmati warna lukisan, terus rasa angin tu dan tak panas dah..


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

tempat di atas tak sesuai kalau korang bawak anak kecil.. sebab tak ada safety.. aku tak tau la yang memang ini konsepnya atau memang tengah renovation.. tapi cantik dengan adanya kayu dan bata merah!


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Pihak Batik Cenderawasih ada sediakan lukisan yang dah siap warna untuk kita jadikan contoh.. tapi aku main bedal kepala aku jela.. sumpah buruk aku warna. hahaha. tapi tetap ku simpan dalam bilik nanti. hehe. kenangan!


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

wehhhh celah mana pulak sayap burung campur warna.. hahaha.. eshhhh aku yang tengok lukisan sendiri pun cannot brain.. layan kan jela aku mewarna.. aku siap rasanya dalam 15 minit kot.. watercolor ni cepat meresap dekat kain. jadi korang tak perlu nak warna terang-terang sebab letak sikit je warna terus terang..


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Siappp.. nak mewarna batik ni kena banyak praktis. lama-lama pegang berus tu mesti pandai punya lah.. Bagus sangat idea owner yang buat macam ni.. at least pelancong boleh cuba mewarna walaupun sikit dan boleh bawak balik hasil tangan sendiri. 


Baca Ini : Ladang Kenaf ala Oversea di Perlis jadi tumpuan pelancong


Batik Inderawasih Perlis, mencanting batik, tempat menarik di Perlis,  cara buat batik,

Waktu Operasi : 10:00 am - 5:00 pm (Buka Setiap Hari)

Alamat : KM 6, Jalan Dato' Kayaman, Kampung Ngulang, 02450 Kangar, Perlis

No Telefon : 012-590 2633

1 comment

  1. huishhh ada batik painting pulak.. cantik busyra warna. memang kena stay perlis ni kalau nk tawaf 1 negeri

    ReplyDelete