Oven Rimba Cafe | Cafe Hipster di Perlis | Hai korang.. kembali lagi kita dalam rancangan jalan-jalan cari makan.. hehe. Minggu lepas aku ke Perlis, so macam biasa lah aku akan cari tempat makan menarik.. Korang yang belum baca entri aku sebelum ni boleh baca nanti ye (Ladang Kenaf).. Seronok juga rupanya Perlis ni.. Banyak tempat best.
Aku sampai di Oven Rimba Cafe dalam jam 12.30 tengahari.. tempat penuh pulak.. Tapi aku dan kawan aku decide untuk tunggu juga tempat disebabkan kita datang jauh kan. rugi lah kalau tak tunggu sekejap.. Mungkin hari kami ke sana tu adalah hari cuti, no wonder ramai macam ni. Tempat makan yang disediakan ada di luar dan dalam kedai..
Dekat setengah jam juga tunggu, akhirnya kami dapat tempat duduk.. tempat dia sumpah cantik sisturrr.. aku suka sangat hiasan dalaman dia. ada pokok-pokok hiasan yang buatkan tempat tu bertambah cantik.. kami duduk sebelah tingkap, memang lighting on point sangat lah.
haaa aku letak gambar cafe dlu, korang boleh cuci mata.. tekak aku rasa nak makan pasta yang creamy gituuu.. so kami order lah seperti dibawah.. caramel macchiato aku tak tinggai okayyy.. haha
Rimba Pasta - RM15.00
Rimba Pasta ni seingat aku ada 3 jenis.. aku pilih yang grill chicken.. Sebenarnya yang berkrim macam ni aku tak suka pun.. kalau readers yang kenal aku mesti tau aku ni suka aglio olio (yang pedas-pedas je).. cuma kali ni saja tukar selera.. so far sedap jugak.. rasa dia boleh aku terima. tidak terlalu muak, mungkin juga sebab aku pilih minuman berasaskan kopi dan aku add on chili flakes.. ayam dia bagi banyak! Rating 4/5..
Chicken Buttermilk Rice
Kuah buttermilk dia agak cair tapi rasa still sedap.. ayam pun banyak. Tahap pedas dia biasa-biasa ja. memang balance bila pedas combine dengan susu.. bagi aku kalau tak bagi sambal merah tu pun okay je. sebab rasa dia dah sedap.. Rating 4/5..
Air pulak agak kurang rasanya.. kurang rasa kopi dan caramel, but still boleh minum.. Rating 3/5.. aku ni penggemar kopi jadi bila aku pernah rasa double sedap dari ni sebab tu lah boleh compare.. mungkin dorang boleh perbaiki lagi rasa air kopi.. cuma pendapat aku je.
No Telefon: 018-9590018
Alamat: Jalan Santan, Kampung Padang Lati, 02400 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (11.00 am - 9.00 pm)
0 comments