Hari ke-4 tahun 2023.. Setahun lebih ayah tinggalkan aku

puisi buat ayah, self love, tahun 2023,

Hari ke-4 tahun 2023.. Setahun lebih ayah tinggalkan aku | Assalamualaikum korang.. Aku belum tulis entri yang proper untuk tahun ni.. Khususnya buat ayahanda tersayang.. Tiada yang indah didunia ni selain ayah dan mak.. Dari 2 tinggal lah 1.. Bagaikan kaca yang retak, tak boleh jadi sedia kala.. hanya boleh ditampal.. 


Alhamdulillah maka meningkatlah usia ku.. bersyukur atas apa yang aku capai selama ni.. didekatkan dengan orang baik-baik dan dijauhkan dengan orang yang tidak sepatutnya.. banyak benda yang nak diluahkan tapi kena tapis jugak tulis disini sebab ini diari online.. haha


puisi buat ayah, self love, tahun 2023,

Pengajaran terbesar pada tahun lepas adalah jauhi toxic people.. jangan sesekali mendekati dorang. sebab nanti pada akhir cerita kita yang nampak bersalah. aku tak berdendam dengan apa yang terjadi. memafkan jauh lebih baik cumanya melupakan itu tidak. toxic people tak akan rasa bersalah atas perbuatan dorang tapi dorang akan rasa kita yang salah.. itu hakikat seorang toxic.. 


tak susah pun untuk selesaikan masalah dengan orang macam ni.. just jauhkan diri. simple.. Alhamdulillah juga Tuhan kabulkan permintaan aku 2 bulan lepas untuk dijauhkan dari mereka.. toxic people ni ada dimana-mana.. terutama di tempat kerja.. jadi hati-hati dalam pemilihan kawan. kita berhak untuk memilih kawan yang baik-baik. dan semoga dorang juga berubah dan sedar..


kepada ayahanda, Alang akan berubah untuk jadi lebih baik dari masa ke semasa.. banyak benda yang Alang kena betulkan.. satu yang tak kan berubah, cinta Alang dekat ayah sentiasa mekar hari berganti hari.. tenanglah ayah disana.. 

4 comments

  1. Kehilangan yang juga baru dirasai penghujung tahun lepas. Semoga kita terus kuat. Kasih ayah sampai bila-bila. Semoga ayah kita tenang berehat disana. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. semoga ayah tenang di alam sana.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah untuk arwah ayah awak. Setuju nasihat tentang memilih kawan tu. Biar tak ramai janji berkualiti

    ReplyDelete