Kawan baik masuk hospital disebabkan stress.. Aku suggestkan Eskayvie Mindtropic

Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,

Kawan baik masuk hospital disebabkan stress. Aku suggestkan Eskayvie Mindtropic | Hai semua.. Harini aku nak kongsikan sedikit pengalaman kawan baik sendiri masuk hospital di zon merah disebabkan stress yang melampau.. Soal stress ni bukan boleh buat main ya rakan-rakan semua. Sebabnya, bila seseorang tu dalam tekanan, dorang tak boleh nak fikir panjang dan terkadang tu yang jadinya tindakan di luar jangkaan dan kadang-kadang tu sampai kita tak boleh terima akal.


Banyak dah kita dengar berita sama ada di akhbar dan media sosial berkaitan kes bunuh diri dan bunuh ahli keluarga kerana stres dan tekanan hidup yang melampau sehingga mereka ini tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Bagi yang tak pernah mengalaminya pasti akan kata ianya tidak benar, mengada-gada dan terlalu ikut perasaan tapi lain pula pada yang mengalaminya. Kita tidak tahu apa yang mereka alami dan rasa. Stress & depression is real ya!


Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,

Berbalik pada kawan aku tadi, bila dapat tau dia masuk hospital, terus aku ke sana esoknya tu. Sesampai je aku di hospital, memang keadaan dia agak lemah tapi masih boleh bergelak tawa lagi. 


Aku sangat faham situasi dia di mana perasaan dan masalah yang bercampur baur.. Apa yang aku boleh sampaikan pada dia.. "Allah tak kan uji hambaNya melebihi dari kemampuan seseorang". Apa saja masalah yang dia hadapi sekarang yang aku sendiri tak dapat mention disini, aku harap dia tabah dan selalu berlapang dada.


Kita perlu ingat, semua orang ada masalah. Sama ada masalah besar atau pun kecil ianya terpulang pada kita, bagaimana kita nak atasi masalah itu. Sokongan daripada kawan-kawan dan ahli keluarga sangat penting untuk mereka yang stres dan alami tekanan hidup ni. Jangan sesekali kita abaikan mereka dan tidak ambil tahu apa masalah yang mereka alami.


Kenapa Terjadinya Stres?


Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,



Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi atau tertekan dengan masalah yang dihadapi. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.

Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti. Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.


Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan mengamalkan kaedah dibawah:

1. Bertenang

Setiap kali merasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

2. Bernafas dengan dalam

Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

3. Beribadat

Sekiranya mengalami tekanan atau stres, kita boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

4. Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang

Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat yang dipercayai dan dapat memahami perasaan. Luahkanlah dan kongsi perasaan dengan mereka.

Apabila berkongsi perasaan dengan orang lain, kita akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Kita akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

5. Berurut

Apabila stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

6. Berehat dan Mendengar Muzik

Apabila stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan akan mula relaks serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat diri berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

7. Beriadah & Bersenam

Luangkan sedikit masa ntuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang disukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin dan kita akan berasa lega dan tegang.

8. Berfikiran positif

Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana kita cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

9. Kenal Pasti Punca

Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Kita juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.


Kawal Emosi & Stres Dengan Eskayvie Mindtropic


Baru-baru ni Eskayvie telah melancarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic yang dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, yang telah memformulasikan produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz. 

Siapa pendengar radio Suria FM kat sini sila angkat tangan! Kalau korang salah seorang pendengar Suria FM pasti 2-3 minggu ni korang ada dengar iklan Eskayvie Mindtropic oleh Pak Nil.


Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,


Eskayvie Mindtropic dihasilkan untuk membantu mengatasi masalah susah tidur dan mendapatkan tidur yang lebih lena. Bukan sahaja ia membantu untuk tidur, malah juga mampu membantu mengawal stres, mengawal tekanan dan mengatasi gejala brain fog akibat Long Covid.


Manfaat Eskayvie Mindtropic

1. Mengatasi gejala brain fog
2. Meningkatkan Perkembangan sel otak
3. Menguatkan memori
4. Lebih Fokus & daya tumpuan yang lebih baik
5. Menjadikan mood & emosi yang lebih terkawal
6. Dapat tidur lebih lena
7. Lebih ceria & gembira
8. Membantu atasi masalah Anxiety dan kemurungan

Kelebihan Eskayvie Mindtropic

1. 100% bahan semula jadi 
2. Sesuai untuk 18 tahun ke atas
3. Rasa tropika yang enak
4. Tanpa perasa & pewarna tiruan 
5. Tanpa gula tambahan
6. Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award


5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic


Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,


Kat sini aku nak kongsikan 5 bahan utama Eskayvie Mindtropic. Korang boleh tengok sendiri bahan-bahan yang digunakan dalam produk ni. Memang terbaik!


PHOSPHATIDYLSERINE

Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,

Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.

Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 

Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak spt neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.


ASHWAGANDHA KSM-66

Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,

Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan. Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


BACOPA MONNIERI

Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,

Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog. Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
Bagi yang mengalami gejala Long Covid, bahan ni memang sesuai untuk merawat masalah yang dihadapi oleh korang.


MAGNESIUM

Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,

Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).


SELENIUM

Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,

Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb. Juga menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.


Maklum balas Pengguna Eskayvie Mindtropic

Kalau korang nak tahu, Eskayvie Mindtropic ni dah ramai yang amalkan sekarang ni ya dan banyak maklum balas yang dikongsikan. Jom kita tengok apa kata pengguna-pengguna ni.


Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,


Nadia Bakhtiar pengguna Eskayvie Mindtropic, perasaannya jadi lebih tenang dan emosi terkawal selepas mengamalkannya. Bangun pagi pun rasa cergas dan ceria. Bila dapat tidur yang secukupnya memang kita akan kurang stress.


Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,


Ain pengguna Eskayvie Mindtropic sejak makan produk ni minda jadi lapang bila bangun pagi. Tidur memang lena dan dapat deep sleep. 

Jom tonton video perkongsian dari Puan Siti Zubaidah, 39 tahun dibawah ni. “Bila Tak Cukup Tidur, Asyik Nak Marah Je” tapi lepas amalkan Eskayvie Mindtropic beliau dah mudah tidur dan dapat tidur lena serta boleh kawal emosinya.



 
Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic

Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,



Kesimpulan

Kalau kita tak cukup tidur ni atau tidur tak lena badan kita memang tak akan dapat rehat yang secukupnya. Untuk orang dewasa, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam tidur untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup juga boleh meningkatkan fungsi imun ya. Kalau kita tidak mendapat tidur yang secukupnya itu yang jadi cepat stres dan asyik nak marah je.

Bayangkan lah aku sendiri yang tak cukup tidur ni pun boleh stress. Badan terkadang rasa lemah. Nak bangun pagi setiap hari ke tempat kerja pun rasa malas melampau. Alhamdulillah lepas 2 minggu aku amalkan Eskayvie Mindtropic, badan rasa lebih bertenaga dan rasa mengantuk terkawal. Di ofis pun rasa semangat dari biasa dan lebih ceria.


Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,


Aku memang nak suggestkan Mindtropic ni pada kawan aku. Harapnya lepas dia consume produk ni, perasaan stres dan anxiety dia semakin berkurang. Tidaklah aku cakap yang penyakit stress ni akan hilang terus, cuma kita usaha ke arah yang lebih baik dan yang penting kita ikhtiar untuk cari penawarnya.

Bagi korang yang nak cuba Eskayvie Mindtropic ni boleh klik pada link di bawah ni dan dapatkan Eskayvie Mindtropic hari ni juga. Jangan stres stres tau!




Eskayvie Mindtropic, produk eskayvie pak nil, ubat stress,


#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

2 comments

  1. Jenama terkenal jugak ni kan. Perasan board iklan kat highway. Bagus juga ye produknya.

    ReplyDelete
  2. bagus ada ubat mcm ni. mengurangkan tekanan sekali gus mengurangkan kes bunuh diri. apa pun banyakkan beramal ibadat dan sokongan keluarga

    ReplyDelete