Tuah hilang terlepas dari sangkar..

kucing gebu, sangkar kucing murah, kucing comel,

Tuah hilang terlepas dari sangkar | Random story untuk kali ni.. Hari Jumaat macam biasa aku ada OT di ofis.. tak sampai sejam aku di ofis, mak call cakap Tuah dah tak ada dalam sangkar.. Mak cari keliling rumah pun tak jumpa.. Apa jadi dengan Tuah?


Tuah hanya kucing jalanan yang aku jumpa 4 tahun lepas.. Korang boleh tengok entri DISINI.. Ada yang cakap, sayang betul aku dengan Tuah.. empat tahun dia hidup dengan aku, tak menjadi satu persoalan kenapa aku sangat sayangkan dia.. Dialah peneman aku even sekarang ni aku sangat busy bekerja.. Sebab tulah terpaksa letak dia dalam sangkar.. Tapi sangkar yang aku sediakan untuk dia sangatlah besar.. Aku custom made sangkar tu.. (arwah ayah yang upah orang).. 

kucing gebu, sangkar kucing murah, kucing comel,


Pagi Jumaat, aku tak sempat bagi dia makan disebabkan lambat nak ke kerja.. So, mak yang akan letak makan.. Mungkin mak terlupa nak selak sangkar dengan sebetulnya.. Jadi biasalah Tuah memang kucing yang lasak.. hahaha. dia tolak2 pintu tu confirm dapat keluar.. Bila dapat call dari mak tu, memang jantung ni Tuhan jela yang tau.. Aku sangat risau bila Tuah ke jalan raya besar.. sebab rumah aku seberang jalan je..


Aku nak terus balik rumah time tu pun memang tak sempat.. rumah dengan ofis agak jauh.. Jadi aku tawakal jela.. harapnya Tuah selamat.. actually dia terlepas dengan wife dia.. hehehe (Luna).. Pendekkan cerita.. pukul 6 petang aku sampai dirumah.. aku cari dorang, tapi still tak jumpa.. puas pusing satu rumah.. Bila aku jerit je nama "Tuahhhhhhh".. hahhhh terkedek-kedek dia jalan ke aku.. dengan Luna sekali.. amboiii pandai betul sembunyi sampai aku tak jumpa..


kucing gebu, sangkar kucing murah, kucing comel,
Tuah masa kecik (2018)

Alhamdulillah semuanya Allah permudah.. Tuah dan Luna tak kemana.. Dorang kucing indoor jadi aku sangat risau kalau dorang hilang sebab kucing indoor tak pandai cari makanan sendiri..


Sekian cerita pendek Tuah & Luna

2 comments

  1. Alhamdulillah.. kucing kak PC pun indoor.. kalau main kat luar.. lari lintang pukang masuk dalam sebab nak kencing kat pasir dia je..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dia tak pergi jauh. Risau kalau kucing indoor ni keluar jauh sebab tak biasa dengan dunia luar.

    ReplyDelete