Tetaplah bekerja demi segrande Iced Caramel Latte..

Tetaplah bekerja demi segrande Iced Caramel Latte.. | Tajuk macam meminta kaki je kan.. hahaha.. haihhh lamanya tak menulis santai macam ni. Mood update blog kelaut sangat. Tahun lepas punyalah buat azam baru nak update blog hari-hari.. tapi sudahnyaaa apo pun tak dak.. disebabkan komitmen kerja hakiki, badan lesu penat, jadi berat tangan nak menaip.


iced caramel latte starbuck


11.25 p.m (Khamis)

Sepatutnya esok aku ada OT macam biasa tapi malas nak pergi kerja. Rasa minggu ni nak rest.. badan dah tak mampu nak buat kerja. badan cakap dekat kaki sudah-sudah la tu tekan pedal minyak drive.. haha! sekarang ni dah pukul 11 lebih, sambil layan blog - lagu relaxing di youtube - minum iced caramel latte.. beli petang tadi sebelum balik kerja. B stand for Busyra.. hehe. mengada!


One of my favorite - ICED CARAMEL LATTE - Starbuck

Rich espresso is gently swirled with flavors of caramel and vanilla, steamed milk and simple syrup, then drizzled with mocha and caramel sauces.


tidak lah daku merungut kerja.. huhu. aku enjoy dengan kerja sekarang. kena set dalam kepala jangan stress dan sentiasa lah happy dalam bekerja. jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 45 minit kalau jem.. kalau tak jem 20-30 minit.. waktu banyak dihabiskan atas jalan je.. tapi bila dapat bos yang baik, alhamdulillah rasa lelah nak ke tempat kerja berkurang.. 


Tajuk entri kali ni hanyalah sekadar tajuk yang di ambil dan diolah dari tiktok.. hehe. pengaruh tiktok kuat nih!.. okay korang.. yang sudi baca blog sendu aku, thank youuuu so muchh! 

InshaAllah semoga aku sentiasa rajin update. walaupun sebenarnya tak rajin.. haha.


3 comments

  1. Syukurlah ada kerja yang disukai. Tak semua orang merasa. Apa pun selamat istirehat di hujung minggu

    ReplyDelete
  2. Betul tu yg penting kerja best and bos baik hehehe

    ReplyDelete
  3. Bagus laah begitu, enjoy dengan kerja. Sama fav kita. Kadang order yang frapp :)

    ReplyDelete

prev
next