Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau di Alor Setar.. unik sangat!

kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

Kerabu Maggi Sedap Warna Hijau di Alor Setar.. unik sangat! | siapa suka kerabu maggi baik mengaku cepat… busyra memang tekak thai, tak kisah la mana-mana kedai yang singgah kalau ada menu kerabu maggi confirm akan cuba.. benda wajib! then akan compare dengan semua kedai yang pernah cuba..


kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

korang yang stay di kedah tapi belum pernah try kerabu maggi di City Plaza, Alor Setar, wajib p cuba sekarang. hehe. tak tau la kalau rasa tekak kita tak sama kan.. busyra boleh cakap dekat sini antara yang tersedap di Alor Setar.. korang boleh request nak pedas ke tak.. selalunya busyra ambil yang biasa je, sebab kalau pedas jenoh menahan air mata turun.. haha.

busyra terlupa nak ambil gambar kedai.. kedainya kecik je dalam City Plaza ni haaa. orang Alor Setar kalau tak tau CP tu tak tau nak cakap lah.. hahah. famous dari zaman sekolah lagi, dulu mai sini naik bas.. adoi laaa teringat zaman budak-budak dulu.. haishhh. rindu! 


kerabu maggi city plaza alor setar, kerabu maggi sedap di kedah, daun ketumbar, dekat mana kerabu maggi sedap di alor setar,

busyra jenis yang tak makan daun ketumbar.. so kena request tak nak letak.. makcik ni punya la baik siap cakap lagi kalau tak mau ketumbar, daun sup ada.. bagus betul dia! bukan setakat ada udang, tapi sotong, fish ball, crab stick.. memang banyak bahannya.. harganya RM6.. rating busyra bagi 8/10 .. tips makan kerabu maggi, jangan bungkus bawak balik.. haha confirm dah tak sedap, maggi jadi kembang!

9 comments

  1. Ingatkan kerabu megi pandan tadi. 🤭

    ReplyDelete
  2. atas foodcourt city plaza ka.. lama xpi sana .. last pi sebelum pkp kot tp mcm suram jaa

    ReplyDelete
  3. Lama sungguh tak jejak kaki ke City Plaza...zaman sekolah menengah dulu ada la :)
    Nampak sedap noo...

    ReplyDelete
  4. Ai suka makan kerabu maggi sebab masam-masam. Tapi harga dia selalu tak padan dengan kuantiti kerabu tu. Nyampah. Hahaha!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kerabu maggi. Unik warna hijau tu. Satu kelainan jadi tarikan. Betul tu, kena makan terus baru best. Bawak balik kembang tak sedap dah.

    ReplyDelete
  6. Tiba2 terus terliur nak makan kerabu meggi hijau ni .

    ReplyDelete
  7. Wah first time tengok yang warna hijau gini.menarik betul

    ReplyDelete