Job dari Intellifluence untuk semua Blogger | Buat Side Income! Hai.. mesti korang masuk sini sebab baca tajuk kan? Yes busyra nak kongsi dengan korang macam mana nak dapatkan job dari Intellifluence! Actually bulan lepas lagi busyra nak bagitau, tapi tak sempat disebabkan sibuk kerja.. Sekarang ni baru ada masa sikit nak menaip. Busyra akan story dari A sampailah Z.. Macam mana cara sign up, dapatkan job dan payment. Korang yang berminat boleh teruskan membaca.
Busyra lupa dah busyra dapat tau pasal Intellifluence ni dari siapa.. yang pastinya dari blogger jugak. Busyra yakin Platform Lubuk Duit ni dah banyak blogger yang tau tapii masih ramai jugak yang belum tau kan? Kalau korang salah satu daripada, dalamilah platform ni sebab ia betul-betul boleh buat duit. Dulu sebelum sign up, busyra pun macam 50-50 nak buat ke tak dan akhirnya buat jugak. alhamdulillah berjaya!
Apa itu Intellifluence?
Berdasarkan pemahaman busyra, Intellifluence ni adalah satu website dimana semua blogger boleh dapatkan job dan pembayaran yang lumayan (USD). Bukan saja blogger malah Influencer pun boleh! Cuma dalam entri ni penceritaan busyra lebih kepada blogger.. Korang faham-faham la kan kalau job dari negara luar mesti banyak.. Kita boleh pilih sendiri job yang ada di sana berdasarkan apa yang kita suka. Hantar proposal, tunggu mereka approve dan laksanakan tugasan.
Cara Daftar Akaun Intellifluence?
1. Masuk ke website Intellifluence
2. Klik "Register An As Influencer"
3. Isi dan lengkapkan "My profile"
4. Masuk ke bahagian "Marketplace".. Cari lah job yang korang suka.
Ini Penting!!!
Pastikan di bahagian "My Profile" diisi dengan baik. Banyak juga yang perlu diisi.. Busyra dah tak boleh nak tunjuk disebabkan haritu lupa nak screenshoot. If korang nak tanya apa-apa mengenai "My Profile" boleh tanya busyra di ruangan komen okay.
Cara dapatkan Job Intellifluence
Korang tekan bahagian "Marketplace" ..tengok job yang available dan "Apply to Campaign" .. Masa ni korang kena bagi tau brand kenapa korang sesuai untuk kempen tersebut. Korang karang lah ayat apa pun asalkan masuk akal.. hehe
Dekat bawah ni contoh-contoh job yang ada.. Pilih lah mana yang bersesuaian dengan blog korang. Ambil masa tak untuk tunggu dorang approve proposal kita tu? yes, ambil masa juga.. Tunggu je, kita akan dapat jugak notification di email kalau dorang send pitch. Haaa masa tu berbunga hati ni. haha.
- 21 Julai 2021 (9.18 malam) - Busyra apply kempen tersebut.. Bina la ayat yang bersesuai supaya brand terima proposal kita
- 27 Julai 2021 (2.37 pagi) - Brand hantar pitch berkaitan dengan topik dan beberapa syarat yang perlu dibuat.
- 27 Julai 2021 (9.51 pagi) - Busyra baca semua syarat dan tekan terima pitch
- 28 Julai 2021 (7.13 malam) - Busyra send link entri yang telah dipublish di blog.. Korang tak perlu pun hantar draf dulu.. Just post je di blog terus. Tapi masa tu busyra cakap la dekat brand yang kalau ada apa-apa kesalahan yang busya buat, let me know.
- 31 Julai 2021 (7.47 pagi) - Brand telah terima job yang busyra hantar tu dan alhamdulillah tak ada kesalahan yang perlu dibetulkan. Kena tunggu 15 hari untuk duit masuk ke dalam akaun Paypal..
Goodluck busyra! Saya pun dah join harituuu and memang berbaloi hehehe
ReplyDeleteDah join juga tapi tak explore lagi. belum complete.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. Akak pun dah dapat Dua job Dari Intellifluence ni. Tahniah Busyra. ☺️
ReplyDeleteterbaik utk blogger yang jadikan blog sebagai mata pencarian...
ReplyDeleteIntellifluence best!!Hi3. Teringin nak dapat job lagi. Tapi macam tak banyak sekarang ni dekat marketplace, Kempen yang akak dah apply pun masih belum approve lagi, Harap ada lah rezeki.
ReplyDeletemenarik ni! blh la buat duit poket.. hihik
ReplyDeleteAlhamdulillah. Harap sangat rezeki Busyra dansahabat blogger yang lain terus deras mengali masuk. Aamiin.
ReplyDeleteTerbaikk
ReplyDeleteCcl dah register m rasanya macam tak completekan lagi dia punya detail . Kejap lagi ccl godek semula
ReplyDeleteSalam,syidah nak tanya,Kenapa syidah punya "reach" 27 sahaja..Bagaimana cara untuk kita meningkatkan reach dalam profile kita tu ke 1000?Huhu..
ReplyDeletewasalam.. awk dh lengkapkan semua ke profile tu? pergi ke bahagian profile dan tngok apa lagi yang kurang. paling tinggi boleh dapat 85%.. walaupun kita dah lengkapkan semua profile..
DeleteUntuk capai 100%, kena dapatkan sekurang-kurangnya 1 job dulu.
Oh syidah tengok dah..92%..cuma reach dekat akaun syidah 27..ehehhesyidah buat dah satu job yang promote intellifluence google play store ..tapi tak tahu la betul ke tak syidah buat hehehe
DeleteSalam sis,syidah baru bukak akaun intellifluence syidah..reach dah sampai 958..mungkin sebab syidah baru buat first job tu..Ahahahaha..Apepon,syidah try roger sis if ade apa-apa nak tanye..hehhe..
Deletedkt profile completion dh 92%.. tp dekat reach 958.. x pe dear.. slow2, ambik masa jgk nak sampai reach tinggi..
Deletekira okay dh tu % profile. Untuk reach pulak (ia relate dengan social media: youtube, blog, twitter, insta). awk dh masukkan ke belum semua media social yg ada?
tips lain:
1. Ada tak job yang 100usd di bahagian marketplace. Jika ada, apply.
2. Kemaskan ayat di bahagian about me.
wah terima kasih dengan tips ni sis!Insya Allah sy try perbaiki.
Deletewahh,, dari perkongsian busyra ni terus rasa nak join laa. Kejap yee. Hehe
ReplyDeletehehe.. yeahh cepat!
DeleteDah tahu dari blogger Atiqah Najihah, belum sempat lagi find out. Good luck ya.
ReplyDeleteDh bt account tp utk blog kena guna domain baru boleh daftar kalau guna blogspot saja xboleh
ReplyDeleteOhh yeke... baru nak sign up :') nanti lah bila dah ada domian. Thank you share!
DeleteSaya ada account tapi tak update lagi. Betul tu saya tengah 50-50 sebenarnya. Takut je kalau apply pun tak dapat approval haha tapi belum cuba belum tahu kan. Thank you sharing!
ReplyDelete