Sempat Bercuti di KL sebelum adanya Covid.. Rindu!

Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,

Sempat Bercuti di KL sebelum adanya Covid.. Rindu! | Bila dah lama duduk dirumah, pasti ada banyak masa nak buka balik gallery lama dan mulalah mengimbau kenangan lama.. Allahhh.. serius rindu. Dalam hati ni, bilalah dapat bercuti lagi.. Sweet moment 2018 ni busyra tak akan lupa sampai bila-bila. Akan selalu terpahat dihati.. haaa gituuu.. hehe


Ceritanya kami berlima plan macam-macam tempat nak bercuti disebabkan masa tu kami dah lama tak jumpa selepas habis degree.. Yela masing-masing rindu kan.. Antara negeri yang dicadangkan adalah Terengganu, Penang, Kuala Lumpur dan Perak.. Plan punyalah lama akhirnya kami pilih untuk Staycation KL.. hehe. biasalah bila ada banyak kepala ni, maka idea pun banyak.. Last-last pilih negeri tengah-tengah jugak.. Mana tak nya, masing-masing duduk berlainan negeri.. 


Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,


Bila dah decide KL. Hahhh timbul masalah lain pulak, nak duduk mana? hehe.. itulah perempuan kan. Dalam otak asyik fikir macam-macam.. Jadi kami mulalah survey hotel di online website.. Busyra book dengan Traveloka.. Finally, kami pilih hotel Silka Kuala Lumpur.. Harga boleh tahan jugak masa tu.. tapi serius busyra cakap, hotel ni best! sangat selesa.. Toilet dia pun dah cantik. boleh jugak kalau nak tidur dalam tu.. haha


Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,


Pendapat busyra lah kalau waktu pandemik sekarang ni mesti harga dah turun.. Korang yang duduk area sana boleh la try usha, mana tau dah bosan duduk rumah boleh la lepak hotel pulak. Asalkan tak rentas daerah.. yang bestnya masa tidur di sini boleh lah tengok view luar dari atas, betapa pesatnya Kuala Lumpur.. Busyra kan stay kampung di kedah.. Jadi bila tak pernah tengok view macam ni nampak cantik pulak.. Mungkin untuk orang sana dah muak asyik tengok kereta je.. 


Staycation KL, Hotel Hard Rock Penang, Silka Hotel Kuala Lumpur, bercuti di KL, booking hotel di Traveloka,


Busyra bukan lah kaki travel tapi bila dapat keluar jenjalan macam ni rasa best.. Sebab tu sekarang bila duduk dirumah rasa tepu sangat otak.. Kalau nanti kes dah semakin turun dan kita semua dah boleh rentas negeri.. siapa tau kan? Kita sama-sama lah berdoa.. Busyra nak sangat pergi Hard Rock Hotel Penang.. Dulu pernah tau kami berlima nak stay di sana. Tapi korang mesti tau kan harga hotel Hard Rock agak mahal.. Hopefully nanti dapat lah booking.. hehe.. Boleh kumpul duit dari sekarang. Semangat nih! Busyra pernah kesana dan bergambar depan hotel tu.. Nak share gambar tapi busyra cari tak jumpa dah.. sebab dah lama sangat. Masa tu bergambar depan tugu guitar Hard Rock penang.. Huhhh sumpah cantik!


Hotel Hard Rock Penang memang besar.. Bukan setakat busyra bergambar di luar je.. Tapi dibenarkan untuk masuk ke dalam even tak booking pun hotel di situ.. Hanya sekadar nak ambil gambar di lobi hotel.. Bayangkan lobi pun dah besar apatah lagi bilik kan.. mesti lah boom! Ishhh tak sabar nak bercuti di Penang.. Okay lah tu dekat je dengan Kedah. Tak sempat nak lenguh-lenguh dalam kereta, eh dah sampaii... Sometimes tak faham kenapa suka sangat ke Penang. Mungkin disebabkan dekat dan suka pantai.. tenangnya tengok view air laut.. 


Korang nanti kalau dah boleh rentas negeri, nak kemana? share la dengan busyra.. Kita berangan dulu sebelum jadi kenyataan.. Walaupun tak tau bila akan capai mimpi tu.. huhu.. Nak kita fikir panjang pun tak sudah covid ni.. Yang penting korang kena sentiasa jaga diri dan kita semua jangan pernah berhenti berdoa untuk kes turun.. Terkejut jugak kes di kedah dah capai 1k.. hurm. dan untuk korang yang belum daftar vaksin, moh ler sama-sama daftar.. yang dah daftar tapi belum dapat sabar k.. InshaAllah soon.. 


Stay safe semua!


4 comments

  1. Rindu nak bercuti. Lepas covid nak cuti jalan jalan tepi pantai je. PD je lah dekat kot.

    ReplyDelete
  2. Kak ana last sempat ke PD last year masa c19 ok kejap masa tu. Lps tu tak ke mana. Rindu sgt nk JJCM. Plg rindu nk pergi Terengganu. Nak lepak tepi laut sambil makan celup tepung. Rindu nasi dagang juga. Huhu

    ReplyDelete
  3. Yg stay dlm penang ni pun xdpt menginap di hatd rock huhu.. nk rentas daerah pun xboleh

    ReplyDelete