4 Langkah Mudah Kulit Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Series | Hai, Assalamualaikum.. Lama busyra tak share pasal skincare di blog kan? haaa kebetulan sangat ni sebab busyra baru je try produk terbaru dari cosmoderm! Hampir 2 minggu busyra cuba. Alhamdulillah ia bertindak balas dengan baik.. Cosmoderm dah keluarkan produk terbaru mereka iaitu Cosmoderm Skin-Lab - Perfect Balanced.. So korang, yang belum kenal lagi meh kita sama-sama kenal this product.
Korang tau tak siri cosmoderm kali ni warna pink wehh! comel gila packaging dia.. Nak pakai pun sayang. haha. Memang kalau orang perempuan tengok, confirm la jatuh cinta sebab pinky-pinky kan!
Diperkaya dengan Prebiotik & Calamine
1. Prebiotik ataupun dikenali sebagai bakteria baik yang berfungsi untuk memperbaiki sistem pencernaan kita. Ia juga dapat membantu ekosistem kulit kita dengan merangsang pertahanan pertumbuhan kulit secara semulajadi.. Selain tu, ia dapat meningkatkan kecerahan kulit dan menyeimbangkan mikrobioma kulit.
2. Calamine pula adalah untuk meredakan kegatalan kemerahan pada kulit muka dan mengurangkan kulit berminyak serta memulihkan kulit terbakar dari matahari ..
Langkah 1: Perfect Balanced Foaming Cleanser
Mulakan dengan Foaming Cleanser untuk mencuci muka. Jenis perangai busyra suka buat double cleansing. Sebab baru rasa kulit kita betul-betul bersih. Ye lah kan seharian kita bekerja, segala kotoran semua masuk dalam liang roma kulit.
Cara Penggunaan: Picitkan sedikit foaming cleanser di tapak tangan dan urut muka secara perlahan dari bawah keatas.. Korang biar dalam beberapa saat dan bilaskan, kemudian lap muka dengan tuala bersih.
Harga: RM29.90
Langkah 2: Perfect Balanced Toning Lotion
Toning Lotion ini adalah untuk seimbangkan level pH dalam kulit kita.. Ia juga bertindak balas untuk melembapkan dan memperbaiki kulit rosak. Untuk pengetahuan korang Toning Lotion ini bebas paraben, fragrance dan artifial colorant.
Cara Penggunaan: Selepas selesai bersihkan muka, tuang sedikit toning lotion ke tapak tangan. Tepuk perlahan ke atas kulit muka. Tips guna toner, korang kena goncang terlebih dahulu.
Harga: RM45.90
Langkah 3: Perfect Balanced Soothing WOW Cream
Soothing WOW Cream bertindak untuk melembapkan kulit wajah dan yang bestnya ia tak langsung melekit dan rasa ringan. Dengan 3x ganda peningkatan kelembapan kulit, wow cream dapat membantu mengurangkan cela pada permukaan kulit dan yang pastinya kulit terus lembap sepanjang hari.
Cara Penggunaan: Sapukan krim keseluruh wajah dan leher.. Pastikan ia meresap keseluruh wajah.. Boleh digunakan untuk kegunaan seharian.
Harga: RM65.00
Langkah 4: Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++
Langkah terakhir adalah menggunakan Sun Milk SPF25PA++.. Ia berfungsi melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB. Kalau korang ada masalah sunburn, wajib try tau! Ia boleh membantu untuk mencerahkan kulit, hilangkan masalah kulit kering serta melindungi kulit dari sinaran matahari.
Cara Penggunaan: Letak sikit je, tak perlu banyak.. Kemudian sapukan ke seluruh muka.
Harga: RM65.00
Secara keseluruhannya, busyra memang puas hati dengan produk Cosmoderm.. Thank you sebab bagi busyra cuba produk yang best macam ni. Korang tak nak ke pulihkan kulit korang tu? jom cantik sesama.. Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons dan Guardian.
Untuk maklumat lanjut:
Website : www.cosmoderm.com.my
Facebook: Cosmoderm
Instagram: Cosmoderm
wahhh cosmoderm
ReplyDeleteBestnyaaa kalau sesuai dgn kulit busyra
ReplyDeleteSebelum ni CCL pernah guna produk cosmodern ni .
ReplyDelete