ID.AZ DERMASTIC SHEET MASK MELEMBAPKAN KULIT WAJAH!

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

ID.AZ DERMASTIC SHEET MASK MELEMBAPKAN KULIT WAJAH! | Lama rasanya busyra tak review mask. Bukan saja nak review, nak manjakan wajah dengan mask pun tak sempat tau.. Serius lately ni busyra busy sangat. Siang ke kerja, malam fokus siapkan design customer. Oh masa!! So now, ada sikit masa ni nak story pasal Produk dari ID.AZ Dermastic Sheet Mask.

Produk ID.AZ 

Dihasilkan di sebuah hospital kecantikan yang terbaik di Korea yang lebih dikenali dengan 'Asia Beauty Care' dan diberi nama ID Hospital. AZ pula maksudnya merangkumi semuanya bermula dari A sampai Z. ID Hospital memang pakar dalam bab kecantikan kulit dan jenama ID.AZ salah satu jenama yang popular di Korea.

3 Variasi ID.AZ Dermastic 

Dikeluarkan dalam 3 variasi iaitu dan ID.AZ Dermastic GOLDEN-Fit Mask, ID.AZ Dermastic WATER-Fit Mask, ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask..

1. ID.AZ Dermastic GOLDEN -Fit mask > Nutrition

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask adalah sejenis hydro gel gold sheet mask yang mengandungi 99% emas sebenar yang memberikan nutrisi terbaik kepada kulit ibarat penjagaan kulit mewah. Bahan-bahan lain seperti madu, royal jelly, propolis, red ginseng, collagen, ceramide, aloe dan panthenol juga terkandung dalam golden-fit mask. Kalau nak tahu, golden fit-mask ni adalah rawatan yang paling popular di ID Dermatology. Kemewahan nutrisi golden fit-mask setanding dengan rawatan popular dermatologi.

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Harga: RM19.90

Dengar nama Golden -Fit Mask ni memang buatkan busyra tak sabar nak cuba. Bila dah cuba. Yes! memang best. Nama pun dah wauu! Golden! Tak perlu lagi dah sibuk-sibuk nak ke spa.. buat saja dirumah. Tenang dan muka pun ada sinar gold gituuu. hehe

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Mask ni di datangkan dengan 2 bentuk saiz, atas dan bawah (asing-asing). Apa yang bestnya, mask ni memang mudah melekat di muka. Tapi bila time nak pakai, kena slow-slow sebab muka terkoyak. Apapun Golden-Fit Mask ni terbaikk!! 

2. ID.AZ Dermastic WATER- Fit Mask > Hydrating

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Kadang kalau kita seharian ada dalam air-cond, kulit pasti kering kan? Kulit jadi tak moist dan rasa kering sangat.. Apa guna ada Water-Fit Mask kan?? Dengan penggunaan yang konsisten mask ini mampu melembabkan dan meremajakan kulit muka korang. Bahan-bahan yang penting seperti sea water, hydrolyzed collagen, asid hyaluronik, panthenol, betaine, dan allantoin. Betaine adalah humectant dan anti-iritasi yang terdedah kepada ikatan hidrogen (berinteraksi dengan air) dan meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan.

Harga: RM12.90

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

Sheet mask ni tak tebal dan tak nipis tau! best-best je. Warna putih macam mask biasa. Betul-betul melekap dan padan dengan bentuk muka. Sukanya pakai Water-Fit Mask ni. Rasa kulit muka lebih segar dan anjal. Water - Fit Mask ni adalah aura water sheet mask yang membuatkan kelembapan berganda pada kulit muka secara mendalam. Rasa kulit muka lebih lembap dan lembut selepas pemakaian water fit-mask, hanya 10-15 minit.

3. ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask > Brightening

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

ID.AZ Dermastic Brigh-Fit Mask ini mengandungi pearl extract, ortulaca oleracea extract dan berry complex yang membantu mencerahkan tona kulit menjadi lebih cerah. Apa yang bestnya dia tak melekit tetapi kulit wajah rasa lebih tegang dan licin. Terbaik! Yang nak kulit lebih cerah bolehlah selalu amalkan pakai Bright-Fit Mask ni. Lepas korang dah buang mask dari muka, terus sapu lebihan ekstrak intipati pada kulit wajah. Mesti rasa segar lepas tu!

Harga: RM12.90

ID.AZ mask, produk ID.AZ, sheet mask, mask korea, idaz malaysia, butterflymsia,

For those yang ada masalah kulit tak sekata, sunburn ataupun kulit kusam, ia sangat-sangat berkesan! Membantu merawat kulit lesu supaya jadi lebih segar dan bermaya. Busyra akan amalkan seminggu sekali pakai mask ni. Lembutnya tuuuu, alahaiii bila pakai best betul! Then tidur.. Nyenyaklah tidur malam anda.. hehe. Mask ni besar sikit, penuh satu muka kalau pakai. Sesuai untuk semua jenis muka.

Cara Penggunaan ID.AZ Dermastic Mask

1. Cuci muka dengan air bersih.
2. Koyakkan pek sheet mask dan tanggalkan plastik.
3. Pakai mask pada muka dan lekatkan mengikut kesesuaian muka.
4. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian tanggalkan dan sapu muka perlahan sehingga serum mask menyerap ke dalam kulit.

Boleh dapatkan di mana-mana cawangan Watsons yang terpilih atau beli secara online melalui website atau media sosial di bawah.

Info lanjut:

4 comments

  1. nanti g watsons nk usha..lama tak berMask. hehe

    ReplyDelete
  2. wahh macam best ja mask ni.. jarang sy pakai mask

    ReplyDelete
  3. Dah cuba jugak. Fiza paling suka gold tu sebab best dan kulit pun nampak cerah sikit

    ReplyDelete