TIPS SIMPAN DUIT SELAMA 4 BULAN UNTUK MELANCONG

melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,

TIPS SIMPAN DUIT SELAMA 4 BULAN UNTUK MELANCONG | Semua orang suka travel, tapi tak semua yang mampu nak travel selalu ataupun ada yang tak pernah kenal pun apa itu travel. Macam-macam alasan kita beri, banyak komitmen sampaikan tak sempat nak tarik sikit duit simpan untuk diri sendiri.. Percayalah korang, jika cara kita menabung betul, InshaAllah boleh!

melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,
sumber : Google

Cara-Caranya :

1. Plan "ke mana" nak pergi .

2. Tetapkan tarikh "bila" kita nak pergi . 

3. Cari tahu kos (anggaran saja) termasuk kos minyak kereta, penginapan , anggaran belanja makan , dan berapa bajet untuk shopping.

4. Kirakan tempoh berapa lama masa kita ada untuk saving sebelum tarikh pergi .


melancong dalam Malaysia, simpan duit, jom menabung, travel, cuti-cuti malaysia,
sumber : Google

5. Misalkan sekarang OGOS, dan kita nak pergi trip on DECEMBER. So, berapa bulan kita ada ? 4 bulan!

4 bulan = 30 hari x 4 = 120 hari

Kalau anggaran bajet untuk pergi bercuti adalah RM1000

RM1,000 bahagikan dengan 120 hari 
Bersamaan, RM8.30

Sehari simpan 9 ringgit . Takkan tak boleh?

RM9 x 120 hari = RM1,080

Cukup kan? Ini cara orang susah . Kalau tak berduit, kena belajar menabung. Apa pun boleh dapat, InshaAllah. Simpan sehari sikit , pasti tak terbeban . Kalau nak simpan beratus sekali gus dalam sebulan , memang lah rasa bebannya . So, work smart okay? and tak perlu pun melancong jauh-jauh, dalam Malaysia pun okay.


Busyra jumpa tips ni dari facebook kawan busyra.. Dia kongsikan pada semua. Busyra sendiri pun sebenarnya berat nak menabung macam ni. Tapi InshaAllah, akan diusahakan. Bukan untuk orang lain untuk diri sendiri juga. Semoga bermanfaat buat semua.

8 comments

  1. Betul tu..nak seribu daya kan..x nak seribu dalih..all the best busyra

    ReplyDelete
  2. betul ... kita pula suka tukar duit masa currency tengah rendah. walaupun tak pasti lagi bila nak pergi. tapi tukar je dulu..

    ReplyDelete
  3. Info berguna..sekarang memang menabung aje, agak rasa nak travel, ada duitnya...

    ReplyDelete
  4. applicable ni.
    mudah. kena istiqomah.
    mcm aida ni, busyra, bajet nak holiday sefamili, normally satu trip RM1500.
    hotel, petrol, makan dan lain2. ni bajet dlm semenanjung malaysia la.
    tak pernah lagi bajet ke luar negara setakat ni.
    ari tu ke hatyai, bajet tak brape besar. 6 bulan juga menabung.
    in shaa Allah, next March , plan nak ke sabah. mahu nyer lebih RM5k nak kena menabung ni.

    ReplyDelete
  5. Nice tips sangat ni.. 😍
    Dulu husniey suka simpan RM 5 sehari

    ReplyDelete
  6. bagus tips ni..tq share.
    sikit2 lama2 jadi bukit kn..hehe
    sy simpan rm5 atau rm20 tapi paling banyak rm5

    ReplyDelete
  7. jemput join segmen...
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  8. Tq share tips. Moga berhasil lah buat nanti :)

    ReplyDelete