MENARIK! BACA ARTIKEL DARI BAGASI.MY TENTANG HOTEL DI CHERATING.

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

MENARIK! BACA ARTIKEL DARI BAGASI.MY TENTANG HOTEL DI CHERATING | Sebut saja tentang hotel mesti ramai yang tak sabar-sabar nak pergi bercuti bersama tersayang. Cherating salah satu tempat menarik untuk percutian bersama pasangan mahupun keluarga. Part yang busyra concern bila nak holiday adalah hotel! Pastinya nak yang terbaik kan? Lepas baca artikel dari bagasi.my, ada 5 hotel menarik di Cherating yang busyra nak kongsikan bersama korang! So let's.

Dalam banyak-banyak tempat percutian kenapa busyra pilih untuk baca artikel mengenai Cherating? Seperti yang korang tahu, Cherating merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Sesuai sangat bagi yang sukakan pantai dan perlukan ketenangan.. Busyra sendiri pernah ke Cherating semasa site visit time study di uitm dulu.. Kenangan bbq, jalan-jalan tepi pantai tu best sangat!  Terus mengimbau kembali memori zaman dulu-dulu! That's why busyra suggestkan dekat korang...

Apa itu bagasi.my?

Busyra seorang yang suka baca artikel berkaitan percutian. Ia jadi mudah dengan adanya bagasi.my kerana sememangnya semua artikel di dalam website ini khusus tentang percutian sahaja. Tak perlu lagi nak buka website lain untuk mengetahui info terkini. Bagasi adalah satu laman web yang memberi ulasan dan cadangan serta menyiarkan kandungan mengenai perjalanan, percutian dan tempat penginapan di seluruh Malaysia. Tujuan utama website ini adalah untuk menggalakkan pelancongan tempatan di Malaysia dan meraikan keindahan destinasi pelancongan tempatan.

Dalam artikel bagasi.my menerangkan 17 Hotel Terbaik di Cherating dengan lokasi startegik yang hampir dengan tempat menarik, ada 5 hotel yang busyra suka sangat! Bila baca tentang hotel ni, terus rasa macam kita ada di sekitar hotel.. I need a vacation, pleaseeee. 

========================================================================
Ulasan dibawah adalah dari website bagasi.my:

Antara 5 Hotel Terbaik di Cherating

1. The Kasturi

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Kadangkala, selepas penat bekerja, kita ingin mencari destinasi percutian yang menenangkan dan jauh dari kesibukan kota. Jom bercuti di Cherating dan menginap di hotel mewah lima bintang The Kasturi. Anda boleh memilih sama ada untuk bermalam di bilik Studio, Suite atau Villa.

Harga yang dibayar sangat berbaloi dengan tahap layanan yang diberikan (anda akan dilayan bagaikan VIP!), kemudahan eksklusif (pool peribadi bagi villa & tab mandi moden dalam bilik air!), dan keindahan pemandangan laut dan hutan yang sangat mengasyikkan.

Setiap bilik di sini amat luas dan mempunyai katil, tempat duduk, meja, serta bilik air yang bersih dan moden. Ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi percuma dan TV skrin rata dengan saluran kabel. Jika anda datang ke The Kasturi sekitar bulan 8 atau 9, anda juga boleh menyaksikan pelepasan penyu ke pantai – syoknya!

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM660 Semalaman.
Alamat - Km 32.5 Jalan Kuantan/Kemaman, 26080 Cherating, Malaysia.

2. Residence Inn Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Pemandangan hutan yang serba menghijau dan menenangkan, udara kabus pagi yang sejuk dan nyaman dan keindahan pantai yang serba memutih dan laut yang membiru – itu semua dapat anda nikmati ketika bercuti di Residence Inn Cherating.

Ia merupakan salah satu hotel best-seller di dalam talian, makanya anda harus cuba menginap di sini sekurang-kurangnya sekali untuk menikmati layanan dan pengalaman penginapan yang menyeronokkan! Di sini, bilik-biliknya cantik dan kemas dengan rekaan warna lembut dan kelengkapan bilik yang tampak baru.

Katilnya besar dan empuk serta bilik airnya moden dan bersih. Anda boleh memilih sama ada untuk mempunyai pemandangan hutan/taman atau kolam renang. Nikmati juga akses Internet di dalam bilik dan sarapan pagi untuk dua atau tiga orang ketika bermalam di sini. Dengar khabar, menu hidangannya pelbagai dan rasanya pun sedap!

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM175 Semalaman.
Alamat - Lot 826, Mukim Sg. Karang, Kampung Baharu Cherating, Cherating, 26080, Malaysia.

3. Royale Chulan Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Kalau anda mencari lokasi percutian di Kuantan yang sesuai untuk honeymoon atau ulang tahun perkahwinan yang romantis, jom laburkan sedikit bajet dan masa dengan bercuti di Royale Chulan Cherating. Ini adalah antara hotel mewah lima bintang yang ada di Cherating yang menjanjikan pengalaman penginapan yang eksklusif dan tidak dapat dilupakan!

Ramai tetamu di sini telah memberikan ulasan yang terbaik tentang resort ini. Ia terletak di kawasan yang berbukit dan betul-betul menghadap pantai dan laut. Kawasan di sekeliling hotel sememangnya cantik dan penuh privasi. Harganya berbaloi dengan kemudahan berkualiti tinggi yang disediakan.

Yang menariknya, harga bilik turut termasuk sarapan pagi dan makan malam! Di sini, anda sekeluarga boleh berehat di tepi pantai, bermandi-manda di laut atau kolam renang outdoor, serta pergi ke tempat menarik seperti Limbong Art yang berada hanya 300 meter sahaja dari Royale Chulan.

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM950 Semalaman.
Alamat - Kampung Cherating Lama, 26100 Cherating, Malaysia.

4. LaVilla By Holiday Villa Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

LaVilla By Holiday Villa, atau turut dikenali sebagai Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa Cherating, menjadi salah satu hotel di Kuantan yang sesuai untuk anda yang inginkan penginapan yang eksklusif dan mendamaikan.

Resort ini terletak dalam kawasan yang serba menghijau dan banyak pepohon kelapa dan lanskap yang cantik. Dari bilik hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan Laut China Selatan yang indah. Setiap bilik di sini dilengkapi dengan perabot kayu berkualiti, katil yang empuk dan selesa, serta dekorasi warna tema yang lembut.

Bilik airnya juga moden dan disertakan dengan jubah mandi, tab mandi, dan pancuran air panas. Malah, setiap villa di sini turut mempunyai kolam renang peribadi. Wah, seronoklah anda dan anak-anak bermandi-manda di luar bilik! Tempat menarik di sekitar Cherating juga hanya berada kira-kira 3 km dari hotel ini.

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM500 Semalaman.
Alamat - Lot 1303, Mukim Sungai Karang, 26080 Cherating, Malaysia.

5. Club Med Cherating

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Antara hotel terkemuka di Cherating yang sering ditempah ramai pelancong adalah Hotel Club Med Cherating. Dengan menginap di Club Med, anda berpeluang menginap di biliknya yang cukup bergaya serta eksklusif dan melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini seperti bermandi-manda di Zen Pool atau bermain papan luncur air di laut!

Sudah pasti, dengan statusnya sebagai hotel empat bintang, anda akan dilayan dengan baik oleh para pekerja yang terlatih, profesional dan mesra. Bilik hotel di Club Med cukup besar dan selesa untuk anda sekeluarga. Ia dihiasi dengan lengkapan kayu ala Bali dan kemasan berkualiti tinggi.

Malah, anak anda juga pasti berasa seronok dapat membuat istana pasir di pantai peribadi, melihat penyu, bermain sukan air dan menyertai aktiviti Kid’s Club. Anda turut boleh memanjakan diri di spa. Sarapan pagi turut disediakan di restoran hotel dan ia cukup lazat!

hotel di cherating, bagasi's cherating, website bagasi, pantai cherating, hotel menarik di cherating,

Harga - Dari RM1,170 Semalaman.
Alamat - Km 29, Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, 26080, Pahang, Malaysia.

========================================================================

Itulah 5 Hotel yang busyra suka nawww nak pergi. Cantik sangat pemandangan hotel ni! Dari 17 hotel di Cherating yang busyra dah pun baca di artikel website bagasi, busyra sort kan kepada 5 yang paling meletops.. itu pilihan busyra lah. Korang kena baca sendiri entri dari mereka. Pastinya korang ada pilihan hotel tersendiri..

Semoga entri busyra kali ini bermanfaat buat korang semua yang ingin berkunjung ke Cherating, Pahang.. Tak perlu untuk kita ke luar negara, terjah tempat menarik di Malaysia terlebih dulu.. Jom teroka negara tercinta!

Maklumat Lanjut:


5 comments

  1. Wah cantiknya. Tak pernah sampai lagi ke sana

    ReplyDelete
  2. Teringin nak g yg royale chulan tu tp bila tgk harga kena menabung setahun dulu. Tp bilik dan view dia marbeles.

    ReplyDelete
  3. sy da lama tak pergi bercuti hehe tengok gambar kt entri ni pun jadila.. cuci2 mata haha

    ReplyDelete
  4. Berkenannya tengok Royale Chulan Cherating tu.. Lawa

    ReplyDelete
  5. royale chulan tu menarik laa..tp harga tu..ehem ehem..hehe

    ReplyDelete