TUAH JATUH CINTA DENGAN ROYAL CANIN HAIR & SKIN

royal canin, royal canin hair & skin, makanan kucing premium terbaik,

TUAH JATUH CINTA DENGAN ROYAL CANIN HAIR & SKIN | Hai korang! Selain dari story tentang food & beauty, busyra juga akan share tentang life Tuah disini.. Satu-satunya kucing yang busyra ada. Banyak memori dengan Tuah yang busyra nak kongsikan. Sikit demi sikit, for now nak share mengenai makanan favorite Tuah!

Royal Canin makanan kedua yang busyra bagi selepas Whiskas.. Korang boleh baca di SINI. Busyra tak cakap yang Whiskas tak bagus tau. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Produk makanan Royal Canin dibuat khusus untuk kucing kesayangan bagi diet yang seimbang dan kaya dengan kandungan protein serta dapat meningkatkan selera makan kucing.. Busyra adopt Tuah since dia umur 2-3 bulan.. Busyra assume je ni umur dia.. hehe. Lebih kurang lah kan. Masa tu Royal Canin (RC) Kitten pilihan busyra. Sebenarnya RC kitten ni sesuai untuk baby kucing yang umur lingkungan 1-12 bulan. Tapi busyra dah start bagi Tuah RC Hair & Skin time dia umur 8 bulan, sebabnya bulu dia selalu gugur.. Try and error lah orang cakap.

royal canin, royal canin hair & skin, makanan kucing premium terbaik,

Alasan lain kenapa busyra beralih pada RC Hair & Skin bila iouls dapat rasakan seksanya bila digigit dia!.. Seriously sakit! tajam betul gigi kucing eh.. haha.. Tuah sejenis kucing yang agak memilih. Walhalnya kite jumpa awak sebagai kucing jalanan je tau.. hehe. Tapi tak pela bela seekor kucing boleh lah nak bagi RC. Kalau datang 10 ekor, botak makk!

Busyra ada pengalaman beri makanan lain iaitu Equilibrio (EQ).. Sejenis makanan premium sama macam RC.. Kiranya EQ ni makanan ketiga yang busyra cuba walaupun Tuah dah suka RC masa tu.. Sesaja nak tukar kejap sebab terpengaruh baca status orang di Kelab Kucing (page facebook) cakap EQ kitten boleh buatkan kucing gemok montel.. Busyra beli yang repack punya yang 1kg. Guess what? Tuah cuma makan sekali dua macam tu saja, then tak sentuh langsung.. Terbukti yang tak semua kucing suka EQ.. haha. Menyesal beli! Tapi tak pela boleh bagi pada kucing lain yang datang kerumah nanti..

royal canin, royal canin hair & skin, makanan kucing premium terbaik,

Busyra tak kondem mana-mana produk makanan kucing tau. Kejap lagi ada pulak yang kena kecam. hehe. Sekadar berkongsi tentang Tuah. Lain-lain kucing, lainlah citarasanya.. Ada tu makanan yang biasa pun boleh kenyangkan kucing, tak kisah pun depend on kita nak beri pada dia..

Berbalik pada RC Hair & Skin, lepas busyra bagi dalam sebulan alhamdulillah bulu dia kurang sikit gugur.. sangat membantu. Berbanding sebelum makan RC banyak sangat gugur. Bila mandi tu lagi lah, kesian tengok asyik gugur ja.. Tuah pula kucing indoor habis satu rumah kalau biarkan macam ni.. 

royal canin, royal canin hair & skin, makanan kucing premium terbaik,
Nampak macam mencekik kan? hehehe. terkejut first time depan kamera. :D

*Entri ini bukan paid review**

3 comments

  1. Comelnya kucing awak...kucing baka apa ni yer?

    ReplyDelete
  2. awak kucing awak same dengan kucing saye.name dia saputeh.panggil tehteh.saye tengok blog awak sebab tengah nak servay pasal royal canin.lepas sunat bulu kucing saye gugur bnyak.penat nak vakum.dia jenis memilih makanan.paling suke wet food prodiet.tp skrg makin bnyak pulak bulu dia gugur.kalau yg biji2 tu dia makan yg smart heart tu.saye ingat nak tukar lah bg makan royal canin.

    ReplyDelete