REVIEW | ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER | Siapa saja kan yang tak suka makeup? Even hanya makeup yang light-light saja, pasti perlu tanggalkan makeup jika nak solat dan sebagainya.. Ada yang makeup jenis waterproof pulak, aduduu la jawabnya.. Tapi lepas ni korang tak perlu risau lagi sebab busyra nak kenalkan dekat korang satu produk yang boleh hapuskan makeup dengan cepat.. Produk tersebut adalah Pore Purifying Serum Cleanser! Produk dari mana ni? Pastinya dari Althea Korea.
Busyra jenis suka produk yang cepat dan mudah macam ni.. Mana tak mudahnya wei, korang hanya perlu letak dibahagian muka, tonyoh-tonyoh sikit. Siap! Pore Purifying Serum Cleanser memang sangat cepat untuk hilangkan makeup. Sukanya dengan bauan dia. Soft je. Tapi kan, ia agak berminyak sikit but jangan risau minyak dia tu tak rimaskan muka kita pun. Ia okay! Trust me.. hehe.
Pore Purifying Serum Cleanser ini mampu mengawal kulit PH serta mampu membersih secara mendalam segala kotoran makeup dan minyak tanpa mengeringkan kulit wajah dan tanpa sebarang iritasi. Apa yang sangat best adalah ia merupakan gabungan pencuci (cleanser) dan serum.. Mana nak jumpa produk macam ni. Satu-satunya produk yang sangat menarik..
1. Ekstrak daun mint - Menyejukkan kulit dan mengurangi iritasi
2. Minyak biji jojoba - Melembabkan kulit kering dan kulit terasa lebih ringan
3. Ekstrak daun teh - Memiliki sifat anti-bakteria yang membersihkan kulit
Bahan-bahan lain:
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance
Cara Penggunaan
(Boleh tengok video diatas)
1. Tuang 2-3 titik serum diatas tapak tangan
2. Urut secara membulat pada seluruh kulit muka selama 5-10 saat, biar sampai betul-betul tertanggal makeup.
3. Bilas dengan air dan boleh gunakan ia sebagai pencuci juga selepas itu untuk betul-betul bersihkan muka.
Siapa yang boleh menggunakan Pure Purifying?
1. Kulit yang sensitif terhadap produk berasaskan minyak
2. Kulit sensitif yang memerlukan pembersih yang ringan teksturnya
3. Mereka yang memerlukan pelembap pembersih untuk kegunaan kecantikan harian
4. Mereka yang tercari-cari pembersih wajah yang mampu membersih dengan cepat dan berkesan.
Boleh buat pembelian di sini >> https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser
#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea
Elakkan pori tersumbat kena cuci muka dengan cara yg betul kan
ReplyDeletewangi ye.. cantik packaging dia
ReplyDeletekita pun guna..best..:)
ReplyDeleteBest guna ni, now guna ni daily.
ReplyDeleteBagusnya serum ni.. 😍 😍
ReplyDeletesusah nak cari produk macam ni 😍
ReplyDeleteSuka produk ni sebab senang tanggalkan lip tint yg degil tu. Hehe
ReplyDelete