DAH TAHUN BARU,KENAPA TAK TUKAR TEMPLATE BLOG?

blogging, template blog, blogspot,

DAH TAHUN BARU,KENAPA TAK TUKAR TEMPLATE BLOG? | Hati ni terpanggil nak tulis entri pasal ni lepas baca blog blogger sayidahnapisah (kc).. Siapa tak nak kan, blog nampak cantik dan kemas then bila orang baca rasa sejuk saja mata memandang.. Ramai sudah blogger yang busyra tengok blog mereka masing-masing dah berubah, ambil aura baru!

Rasanya perasaan ni ada pada semua blogger yang hati dah membuak-buak nak tukar template baru tapi rasa takut lebih menguasai diri.. Paling berat bila dah siap tukar template, ehhh alih-alih terindu pulak dengan template lama. tak ke menyesal.. hehe.. Udah la busyra tak pandai sangat dengan coding-coding ni, kena upah orang untuk buatkan. Faham-faham lah kan, taste setiap orang tak sama.. Melainkan lah kita pandai edit template sendiri. mudah la kejanya..

Busyra juga lemah dalam seo dan apa saja yang berkaitan dengan ilmu blog ni.. Kena banyak menggali lagi.. Orang yang bukan blogger, pasti fikir yang sebenarnya blogger ni senang je kerjanya.. Update blog lepastu payment di bayar.. Idok ler semahhh oii.. haha. Banyak benda yang perlu diterapkan dalam setiap entri. Kalau nak cerita pasal ni sampai satu page pun tak habis. heee..

Pageviews (pv) blog confirm-confirm akan jatuh merudum selepas tukar template blog. Ada sesetengah blogger yang tak kisah.. Tapi for me, benda ni lah paling penting.. Habis punah harapan, impian semua kalau pv jatuh.. haha. Kena kerja keras sikit lah untuk naikkan semula dan ia take time nak stabilkan balik.

Busyra sejenis yang sangat cerewet pasal blog. Kalau tak kena sikit pun sampai kesudah lah duduk depan komputer untuk betulkan. Pandailah sikit-sikit nak edit coding, cuma macam yang busyra bagitau tadi nak edit whole template memang tak pandai.. Pernah dulu, busyra pakai template yang ada slider, tetiba pulak slider tak keluar.. huhu. satu hari satu malam tak tidur.. Ecehhhh tak da la sampai macam tu.. Tapi pastinya akan fikir satu hari pasal blog. Siapa perangai macam ni? baik mengaku cepat.. haha

blogging, template blog, blogspot,

Kesimpulannya disini, (dah macam buat karangan, hehe) ..busyra masih belum nak tukar template blog.. Biarlah pakai yang ni dulu. Lagipun dah serasi dengan yang sekarang.. Korang macam mana? dah tukar ke? tak salah pun nak tukar template, asalkan kita happy berblogging :D

19 comments

  1. Belum.. Saya pun tak nak tukar lagi.mmm nantilah tukar. mungkin pertengahan bulan kot baru tukar. iya, ramai dah buat blog cantik dan creative. Anyway happy blogging juga. tak sabar nak tengok wajah baru template blog awak

    ReplyDelete
  2. akak pun masih pakai template lama, sebab memang tak pandai nak godek sendiri ni. Takpe yang penting kene rajin update entry blog :)

    ReplyDelete
  3. dah tukar and menyesal sebab pageview jatuh haha haihh

    ReplyDelete
  4. Yeapp. Pv tu betul. Kaella pun tengah gigih nak naikkan pv. Tapi template blog baru rasanya tahun ni tak lagi huhu

    ReplyDelete
  5. Niat nak tukar memang ada..kak PC tak nafikan.....tapi tukar template blog ni kena betul-betul sabar,fokus dan gembira...kalau tak haru biru jadinya...adoiiii..mungkin tidak bermasalah bagi yang mahir..macam kak PC ni.....memang terhegeh-hegeh laaaa jawabnya.

    ReplyDelete
  6. Menyesal pakai yang beli kat etsy, jatuh merudum pv taknaik2 sampai skrg even dah tukar yang free balik T_T

    ReplyDelete
  7. tak tukar sebab da suka template yg sedia ada ni. kalau nak edit2 pun tukar font dan warna jer.. hee

    ReplyDelete
  8. nk tukar template blog mcm syg plk dgn template yg lama.

    ReplyDelete
  9. Siqah dah tukar blog template. Konon nak ambik mood blogging 2019. Tapi sama je tak update blog jugak. haha. Bab PV tu memang betul, merundum jatuh. Tapi PV siqah memang dah merundum pun, Hii. Sebab lama tak update blog sama jugak kot. Dan ditambah pula dengan template baru T_T

    ReplyDelete
  10. Kak ana pun susah nk suka satu2 template. Bukan cerewet tp banyak nak dipertimbangkan. Hehe

    ReplyDelete
  11. orang yang bukan blogger ingat - ' Update blog lepastu payment di bayar'.. hehe.. betul-betul. ada juga yang nak jadi blogger sebab semata-semata nak cari duit tanpa fikir tentang penulisan. memang sakit nak update blog dan nak dapatkan job tu kan.

    ReplyDelete
  12. Kita tak tukar pun, rasa macam dah okay yang sekarang ni. Hahah!

    ReplyDelete
  13. Rabia pun tak tukar sebab sayang sangat kat template waiting for u tu

    ReplyDelete
  14. Tahun baru ni rabia Rabia kekalkan template tu je. Sebab template Rabia pakai skrg makin naik PV blog

    ReplyDelete
  15. template ni pu ndah cantik busyra..helok lagi akak tengok ..paling risau tau kalau PV jatuh tergolek...puas nak kutip...hahaha

    ReplyDelete
  16. Nak tukar template Kenna sedia mental Dan kerajinan juga kan

    ReplyDelete
  17. sama lah kita. dulu beria tukar setiap masuk tahun baru. tapi sekarang pakai je yang sedia ada. tak larat dah nak hadap coding dan xsanggup tgk pv jatuh..huhu

    ReplyDelete
  18. cadangnya macam nak tukar.. tapi baru cadang lah.. cadang pun dari tahun lepas tapi belum berjaya dilaksanakan..

    ReplyDelete
  19. Nak try lah tukar template ....mcm best je kan hihi..

    ReplyDelete