TUAH DAPAT MAKANAN KUCING PERCUMA DARI WHISKAS | Assalamualaikum gais! 5 Julai lepas Busyra ada dengar suara anak kucing dari luar rumah.. Sememangnya busyra bukan pencinta kucing dan apatah lagi nak adopt dia. huhu.. Tapi masa tu bila busyra tengok dia, busyra sayang! Tak sampai hati nak biarkan dia macam tu dengan mak tak ada disisi. So busyra kena ambil dia dan jaga. Untuk entri kali ni busyra nak share kan dengan korang my tuah dapat makanan kucing percuma dari Whiskas.
Busyra namakan dia Tuah. Dia jantan tapi comel sangat! Hari busyra adopt dia tu, hari tu juga busyra pergi beli sangkar, ubat kutu, syampoo dan makanan kering and basah semuanya dari Whiskas. Busyra tak tahu umur dia berapa dan busyra anggarkan dalam 2-3 bulan. haha. sesuka hati ja!
Kenapa busyra pilih Whiskas? Sebab rasanya brand Whiskas salah satu brand makanan kucing terbaik di Malaysia. Tuah pun suka!
Before busyra beli makanan untuk dia, busyra ada gaulkan nasi dengan ikan mentah. and tau tak apa jadi? dia hanya kutip cebisan ikan mentah saja. hahaha. so belagak! Dari situ busyra tau yang dia lebih suka makan makanan yang basah dan mentah.
Bila dah tau yang dia suka Whiskas, kebetulan ada nampak sponsored post dari Whiskas Malaysia di facebook pasal makanan percuma. Terus busyra isi form dan finally makanan pun sampai harini.. Cepat jugak penghantarannya dan apa yang best dapat juga code diskaun jika shopping di Shopee.
So, bagi sesiapa yang belum pernah cuba Whiskas atau nak tambahkan stok makanan, bolehlah apply. Nanti busyra bagi info di bawah.
THANK YOU WHISKAS MALAYSIA!
Anak kucing membesar 15x lebih cepat, berikannya nutrisi yang sesuai dengan WHISKAS
comelnya baby kucing dia
ReplyDeletepernah dapat! walaupun sha takdak kucing hahaha tapi sha bagi kucing jalanan makan hikhik
ReplyDeletecomelnyer..siannyer dia terpisah dari mak..nasib baik dpt mummy busyra..hihi.. jaga leklok yer..nnt jgn lupa bawak dia g vet utk check up & vaksin dia.. mknn kalau blh kene campur2 jgk bg kibbles or wetfood. takut dia terbiasa makan wetfud jer, kibbles x nak makan lak nnt. kalau nak tinggal susah sket kalo kucing x biasa makan kibbles. semoga baby cepat besar dan sihat serta jd anak yg solehah..ehhh :p
ReplyDeleteTerbaek.. semoga dimurahkan rezeki :)
ReplyDeleteWah.. comelnya Baby.. Makin sihatlah dia dengan Whiskas ye..
ReplyDeleteComelnya baby. Whiskas memang well known utk makanan kucing. Macam2 pilihan ada.
ReplyDelete