RESEPI SUSHI ROLL VERSI TEKAK MELAYU | Hai semua, ada tak dekat sini yang tak suka makan sushi? Kalau sama kita geng! Busyra kalau ke sushi king hanya boleh makan menu yang bento tu je, yang lain tak dapat nak telan. heee. So, dalam entri kali ni busyra akan kongsikan resepi sushi roll yang kena dengan tekak melayu. Confirm korang yang tak suka pun jadi suka!
Bahan-bahan:
1. Seaweed (brand nori)
2. 2 pot Beras Sushi (brand Sumo)
Bahan-bahan:
1. Seaweed (brand nori)
2. 2 pot Beras Sushi (brand Sumo)
4. Ikan Bilis Bercili Rangup brand Deli Mas (Boleh dapatkan di Tesco)
5. 2 sudu besar sos ikan
6. Timun Jepun (potong seperti gambar dibawah)
7. Tuna dalam tin brand Rex (yang original punya) Ada lambang mahkota kuning
8. 3 Sudu besar Cuka Sushi (Sushi Seasoning @ Cuka S&W Distilled White)
9. Tikar Sushi (boleh dapatkan di Mr Diy. Harga dalam RM2 macam tu..
** Sori ye, untuk sesetengah bahan ada yang busyra tak sempat nak snap gambar**
Cara-caranya:
1. Masak beras sushi. Caranya sama macam masak nasi biasa cumanya kena lebihkan air.. Busyra masak 2 pot beras dan air kena masukkan 4 pot sukatan yang sama.. Jadinya kalau korang nak masak 1 pot beras saja bersamaan dengan 2 pot air.
2. Sementara menunggu nasi masak, bolehlah beralih pada tuna pula. Buang air yang ada dalam tin (yang tinggal hanya tuna saja tau).. Lecekkan sampai hancur, lagi hancur lagi sedap! Tambahkan 3-4 sudu besar mayonis dan gaul rata. Siap dan ketepikan dulu.
3. Bila nasi dah masak, biarkan seketika dalam 10 minit untuk sejukkan sekejap.
4. Kemudian keluarkan dari periuk dan masukkan kedalam bekas. Tuang cuka dan gaul rata.
5. Okayyy bahan-bahan untuk sesi mengulung sushi dah pun siap.
6. Buka tikar sushi dan layerkan semua bahan start dari bawah dengan Seaweed, Tuna, Sambal Bilis, dan timun.. (busyra guna seaweed yang snack punya sebab busyra cari yang brand nori tak ada) .tapi pastikan beli yang perisa original ye. Kalau yang jenis snack punya dia cepat pecah/rapuh. So, before korang start layerkan sushi korang tu. Tipsnya sapu dulu dengan air pada seaweed.. Ala korang renjis-renjis sikit biar dia basah dan jadi lembut.
6. Buka tikar sushi dan layerkan semua bahan start dari bawah dengan Seaweed, Tuna, Sambal Bilis, dan timun.. (busyra guna seaweed yang snack punya sebab busyra cari yang brand nori tak ada) .tapi pastikan beli yang perisa original ye. Kalau yang jenis snack punya dia cepat pecah/rapuh. So, before korang start layerkan sushi korang tu. Tipsnya sapu dulu dengan air pada seaweed.. Ala korang renjis-renjis sikit biar dia basah dan jadi lembut.
Inilah rupanya bila dah siap gulung..
Yang hujung ke hujung tu memang nampak tak lawa tapi jangan dibuang pulak. makannnn masuk perutt.. hehe
Selepas siap dipotong.. Boleh makan dengan timun dan mayonis (bagi yang sukakan mayonis lebih)..
Apa rasanya? Sedap sangat! serius. korang try lah buat kat rumah. Rasa pedas, masin, manis semua cukup.. Inilah sebabnya busyra cakap versi tekak melayu. Pedas tu penting!
Korang kalau tak suka tuna boleh gantikan dengan telur dadar ataupun isi ketam sebagai inti.
Selamat Mencuba Gaiss!
Menarik sushi rolls versi Melayu.. Thumbs up to Busyra.. Sis kalau pergi Sushi King memang stick pada menu yang sama juga Busyra.. Tak makan raw sushi..
ReplyDeletewahhhhh...best ni...boleh cuba...
ReplyDeleteSedapnya Busyra, memang kreatif betoi ni...Nak try nanti!
ReplyDeleteSedap.. serius... i dan buat dengan busyra... tq busyra share sini...
ReplyDeleteUiii mengugat sungguh kesedapannya tu..versi Melayu ke jepun ke, dah namanya shushi memang shedap !!!
ReplyDeleteMenarik untuk dicuba, Buat buak puasa boleh tak?
ReplyDeleteboleh.. sebab sushi pun mengenyangkan. :)
DeleteKak ana first time lalu makan sushi bila buat sendiri. Lepad tu terus jatuh suka dengan semua sushi. Hehe.
ReplyDeleteRajinnya busyra .
ReplyDelete