30 RESEPI MENU BERBUKA PUASA DAN SAHUR | Assalamualaikum semua.. Dah masuk hari keempat kita berpuasa kan.. sekejap je rasa. Busyra baru sempat nak update entri mengenai resepi menu berbuka puasa dan sahur sepanjang ramadhan kali ni. Pastinya ramai wanita, ibu-ibu ataupun anak bujang yang pening fikir nak masak apa esok dan esok.
So, busyra akan sediakan resepi dibawah untuk memudahkan korang memasak. Semua resepi dibawah adalah koleksi yang busyra himpunkan dari pelbagai sumber. Semoga lepas ni korang lebih mudah dan ada idea memasak setiap hari untuk berbuka mahupun sahur.
HARI PERTAMA: ASAM PEDAS IKAN PARI
kredit: Seminit Resepi
Bahan-Bahan:
Bahan A
- 5 ulas bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 tbsp belacan
- Segenggam cili kering rebus
- Daun kesom segenggam
Bahan B
- Ikan pari
- Asam jawa
- Daun kesom
- Bunga kantan
- Bendi
- Lada hitam
- Garam
Cara-Cara Memasak:
1. Kisar bahan A dan tumis sehingga pecah minyak.
Tips: Kisar bersama daun kesom tanpa batang untuk lebih sedap.
2. Setelah pecah minyak, masukkan bahan B.
3. Setelah ikan pari masak. Sedia dihidang.
HARI KE-2: AYAM KENNY ROGERS
kredit: Zihan Remy
Bahan-Bahan:
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu gula merah
- 2 sudu lada hitam(ditumbuk)
- 2 sudu gula putih
- 1 botoi sos lada hitam
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang besar
- sedikit halia
- kiub pati ayam
- sedikit garam
- sedikit air (untuk blend)
Cara-Cara Memasak:
1. Blend semua bahan-bahan diatas dan perap ayam selama 2jam @ lebih. (lagi lama lagi sedap)
2. Bakar suhu 180℃ selama selama 60minit (Suhu ikut oven masing.. setiap oven tak sama)
3. Sebelum bakar letak serbuk lada hitam sikit.. (tambahan: boleh letak ubi kentang jika suka)
4. Kuah lebihan perap ayam tadi jangan dibuang.. boleh masak semula dan tuang atas ayam bila ayam sudah masak.
HARI KE-3: SUP IKAN MERAH
Bahan-Bahan:
- 1 kg ikan merah
- 4 cawan air
- Minyak untuk menumis
- Daun sup/daun bawang (untuk taburan)
Bahan tumbuk
- 1 sudu besar lada sulah/putih
- 1/2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
Bahan Tumis
- 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
- 1 ulas bwng putih (hiris)
- 2 biji bwng merah (hiris)
- Minyak untuk menumis
- Daun sup/daun bawang (untuk taburan)
Bahan tumbuk
- 1 sudu besar lada sulah/putih
- 1/2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
Bahan Tumis
- 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
- 1 ulas bwng putih (hiris)
- 2 biji bwng merah (hiris)
Cara-Cara Memasak:
1. Ikan disiang, cuci dan toskan.
2. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan yg lain sehingga lumat.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumis.
4. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..
5. Masukkan air, biarkan mendidih.. masukkan ikan dan kacau rata..
6. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
7. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dalam mangkuk dan taburkan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.
1. Ikan disiang, cuci dan toskan.
2. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan-bahan yg lain sehingga lumat.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumis.
4. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..
5. Masukkan air, biarkan mendidih.. masukkan ikan dan kacau rata..
6. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
7. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dalam mangkuk dan taburkan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.
HARI KE-4: SWEET & SOUR CHICKEN
kredit : Resepi Hangat
Bahan-Bahan:
- 2 sudu minyak
- dada ayam tanpa tulang, dihiris dan di gaul dengan Garam dan lada
- 4 cawan tepung jagung, dicampur dengan 4 sudu air, satu sudu tepung penaik dan 1/2 sudu minyak masak
- 1/2 cawan tomato paste
- 1/2 cawan jem raspberry
- 3 sudu besar gula perang
- Sesudu cuka
- 1/4 cawan stock ayam / air biasa / jus dr nenas tin
- 1/2 cawan cili holland hijau
- 1/2 cawan cili holland merah
- 1/2 cawan cili holland kuning
- 1/2 cawan bawang holland
- 1/2 cawan nenas atau 1/2 cawan nenas dalam tin, bersama 1/2 cawan air jus
Cara-Cara Memasak:
1. Dalam kuali yang tidak melekat, panaskan minyak.
2. Goreng kan ayam yang telah digaulkan dengan tepung.
3. Setelah ayam keperangan dan angkat dan tos kan minyak.
4. Dalam minyak yang sedikit masukkan paste tomato, jem, gula perang, cuka, garam dan stok ayam/air/jus nenas, kacau hingga mendidih dan sedikit pekat
5. Kemudian masukkan cili, nenas dan bawang dan masak selama 1 minit.
6. Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan kacau hingga mendidih lagi.
7. Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga rata.
8. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
HARI KE-5: IKAN CENCARU BAKAR MANIS
kredit: Ummi ha na
Bahan-Bahan:
- 1 kg ikan cencaru - bersihkan dan belah tengah
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci kunyit hidup
- 1 inci belacan
- 2 sudu kecil garam halus
- 3 sudu besar asam jawa
- 3 sudu besar cili kisar
- 3 ulas bawang merah dihiris nipis
Cara-Cara Memasak:
1. Tumbuk garam halus dengan kunyit hingga lumat
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumbuk kasar
3. Masukkan belacan dan tumbuk lagi
4. Pindahkan bahan-bahan tumbuk kedalam bekas dan masukkan cili boh, asam jawa dan bawang merah hiris tadi dan gaul sebati
5. Sumbat bahan tumbuk tadi kedalam ikan dan perap setengah jam. (lagi lama lagi sedap)
6. Bakar hingga masak tapi jangan terlebih masak, sebab isi ikan jadi tak sedap nanti
HARI KE-6: AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
kredit: iResipi
- 1 ekor ayam (dipotong 12)
- 1 keping asam keeping
- 1/4 daun kunyit yang sudah dihiris
- 1 bili kelap parut ( bahagikan santan pekat dan cair)
- 1 biji kentang
- 2 batang serai
Bahan Kisar
- 6 tangkai cili api
- 6 tangkai cili merah
- 1 jari kunyit hidup
- 1/4 jari halia
Cara-Cara Memasak:
1. Kisar atau tumbuk bahan kisar diatas. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisara sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai. Pastikan ayam 1/4 masak.
3. Masukkan air dan kentang ke dalam periuk bersama dengan asam keping.
4. Kemudian masukkan daun kunyit bersama gula dan garam.
5. Kemudian tambah santan pekat dan masak dalam 6 minit.
Tips: Sentiasa kacau kuah masak lemak cili api ketika memasak.
HARI KE-7: SOTONG KUKUS THAI
Bahan-Bahan:
- 1/2kg sotong (4-5 ekor)
- 1 batang serai (hiris halus)
- 4 hiris lengkuas
- 4 ulas bawang putih - hiris
- 1 tangkai daun ketumbar bersama akar
- 2 helai daun limau purut
Bahan Sos:
- 6 tangkai cili padi merah dan hijau (hiris)
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar jus limau nipis
- 2 1/2 sudu besar sos ikan
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 ulas bawang putih (hiris)
Cara-Cara Memasak:
1. Kelar sotong tapi jangan sampai putus.
2. Masukkan ke dalam bekas bersama serai, lengkuas, bawang putih, akar daun ketumbar dan limau purut.
3. Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya.
4. Susun ke dalam pinggan.
5. Satukan semua bahan sos, kacau rata. Tuang ke atas sotong kukus tadi.
6. Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.
HARI KE-8: AYAM MASAK CILIPADI TOMYAM
Bahan-Bahan:
- Ayam 8 ketul (bersihkan dan potong kecil) - goreng dengan garam kunyit
- 30 tangkai cili padi hijau dan merah (kisar)
- 1 biji bawang besar (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- 1 sudu makan pes tomyam
- 1 batang serai
- 5 / 6 helai daun limau purut
- Setengah biji tomato (hiris nipis)
- Garam dan perasa
- 1 biji bawang besar (hiris nipis)
Cara-Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau..
2. Masukkan serai dan daun limau purut
3. Masukkan pes tomyam
4. Masukkan tomato hiris dan masak sambal hingga agak garing(tomato hiris tu biarkan hancur dlm sambal)
5. Masukkan garam n perasa
6. Akhir skali masukkan ayam dan bawang hiris..
HARI KE-9: DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg daging lembu (rebus empuk dg pewarna merah)
- 2 ulas bawang putih (ketuk)
- 1 labu bawang besar (hiris)
- 1 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/4 cawan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- Kacang panjang / bunga jagung (jika suka)
- Daun sup/daun bawang
- 1 biji cili capsicum
- 1 cili merah
Cara-Cara Memasak:
1. Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar.
3. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
4. Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, sayur, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula.
HARI KE-10: IKAN ASAM REBUS
Bahan-Bahan:
- Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
- Tomato / kacang bendi / batang keladi
- Serai - 1 batang (di ketuk)
- Asam keping (3-4 keping)
- Sedikit serbuk ikan bilis
- Garam secukup rasa
Bahan kisar (Bahan B)
- Lada kering (8-10 batang)
- Bawang merah besar - 1 labu
- Bawang putih - 2 ulas
- Belacan - setengah inci
- Kunyit - setengah inci
Cara-Cara Memasak:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi) sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.
HARI KE-11: AYAM BUTTERMILK
Bahan-Bahan:
- 2 ketul besar ayam, bahagian dada
- 1/2 tin susu cair
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Air secukupnya
Cara-Cara Memasak:
Cara Menggoreng Ayam:
1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam.
4. Perap selama 30 minit atau lebih.
5. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tips: Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili dan kalau mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.
HARI KE-12: SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland
- 1 kiub pati ayam
- 5 biji cili padi
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- 3 sudu sos ikan
- 1 cawan jus limau nipis
- 1 sudu gula
- Sedikit daun ketumbar, cili merah, hirisan limau utk hiasan
Cara-Cara Memasak:
1. Bersihkan ikan.. kelar ikan supaya sos meresap..
2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
3. Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
5. Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
6. Cincang halus bawang putih, cili api, halia dan taburkan ke atas ikan
7. Last skali masukkan bawang holland yang dipotong halus.. kukus sehingga ikan masak
8. Hiaskan dengan daun ketumbar, limau, cili merah.
HARI KE-13: AYAM PERCIK
kredit: Pandan Cendol
Bahan-Bahan:
Bahan A
- 1 ekor ayam ( Dipotong 4 bahagian).
- 3cawan santan pekat.
- 1/2 cawan air asam jawa.
- 1 sudu teh gula pasir.
- 1 sudu makan halba.
- Garam secukup rasa.
Bahan B dikisar
- 15 tangkai cili kering.
- 5 biji bawang merah.
- 4 ulas bawang putih.
- 2 inci halia.
- 5 batang serai.
Cara-Cara Memasak:
1. Bersihkan ayam dan tuskan.. Gaul dengan garam.
2. Masukkan ayam dalam kuali bersama bahan B yg dikisar, santan pekat, halba, asam jawa dan gula sehingga sederhana masak.. Pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Letak ayam atas pemanggang dan bakar sehingga nampak garing.
4. Hidang dan hias dengan daun pisang.
HARI KE-14: KETAM TUMIS TELUR BERCILI
Bahan-Bahan:
- 1kg ketam bersihkan dan belah dua
- 1 biji bawang besar (hiris nipis)
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan cili sos Thai
- 2 sudu makan sos tiram
- 3-4 biji telur
- Air asam Jawa secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 3 cm halia
Cara-Cara Memasak:
1. Gaul ketam dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian angkat dan tos .
2. Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali .
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar.
5. Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak.
6. Masukkan bawang besar, garam, gula dan kacau sekali sekala semua bahan.
7. Tambahkan air asam jawa kemudian teruskan kacau..
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
9. Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh masukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur. Kacau rata telur.
10. Kecilkan api, masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal pada ketam
11. Tutup api dan ketam sedia dihidangkan.
HARI KE-15: LALA MASAK SERAI
Bahan-Bahan:
- 500gm lala dibersih dan toskan
- 3 batang serai (hiris serong)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 3cm halia muda (hiris nipis memanjang)
- 5 biji cili padi (ketuk atau hiris serong memanjang)
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan halia muda, bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan lala dan gaul rata kemudian masukkan bawang besar.
3. Apabila lala sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah cukup rasa, angkat dan segera dihidangkan panas-panas.
HARI KE-16: SOTONG KUKUS MASAM MANIS
Bahan-Bahan:
- 500gm sotong dibersih dan toskan.
Bahan Inti:
- 2 biji tauhu (hancurkan)
- 1 biji telur
- Daun bawang (hiris halus)
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit garam
Bahan Sos:
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
- 3 sudu makan sos cili thai
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Sedikit minyak masak
Cara-Cara Memasak:
1. Semua bahan inti dimasukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Kemudian ambil sedikit adunan dan sumbatkan dalam sotong. Lakukan hingga sotong habis.
3. Letakkan dalam loyang dan kukus lebih kurang 10 minit.
4. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
6. Masukkan sos cili thai dan jus limau nipis. kacau rata.
7. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
8. Setelah sos mendidih tutup api.
9. Susun sotong dalam pinggan hidangan dan tuangkan sos di atasnya.
10. Sotong sedia dihidangkan panas-panas.
HARI KE-17: RENDANG UDANG
Bahan-Bahan:
- 600gm udang saiz besar/ sederhana besar
- 5 sudu makan cili kering kisar
- 1 mangkuk santan
- 1 sudu makan kerisik
- 3 helai daun limau purut
- garam dan serbuk perasa
Bahan Kisar:
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
Cara-Cara Memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali udang, garam dan serbuk perasa ke dalam kuali.
2. Didihkan. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuahnya agak pekat.
3. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak dalam 3 hingga 5 minit sahaja.
4. Tutup api dan hidangkan.
HARI KE-18: SAMBAL TUMIS TELUR
Bahan-Bahan:
- 4 biji telur rebus (kupas dan goreng)
- 8 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Asam keping
- Gula
- Garam
Cara-Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili benar-benar masak.
2. Masukkan gula terlebih dahulu dan kacau rata. Selepas itu, masukkan sedikit air, garam dan asam keping.
3. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah masukkan telur dan dikacau rata. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
HARI KE-19: SOTONG MASAK SAMBAL PETAI
Bahan-Bahan:
- 1 papan petai (buang kulit)
- 10 ekor sotong basah dipotong, belah, kelar (tanpa putus)
- 1 mangkuk cili kering yang dikisar
- 7 biji bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sudu makan pes tomato
- 1/2 mangkuk air asam jawa
- 2 biji tomato (dibelah 4)
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 3 sudu makan minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukupnya
Cara-Cara Memasak:
1. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng sebentar petai. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih.
3. Kemudian masukkan pes tomato, air asam jawa dan biarkan ia masak seketika.
4. Apabila ia sudah mendidih, masukkan sotong dan petai.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan bawang besar.
HARI KE-20: AYAM LEMON CHINESE STYLE
Bahan-Bahan:
- 2 isi dada ayam (bersih dan keringkan)
Bahan perap:
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh minyak bijan
- sedikit pepper
- 1 biji telur
Bahan salut:
- 5 sudu besar tepung
- 5 sudu besar breadcrumbs
Bahan sos
- 1 sudu besar sos plum
- 3 1/2 sudu besar jus lemon
- 2 sudu besar cuka
- 4 sudu besar gula
- 2 sudu teh tepung jagung
- Minyak secukupnya
Cara-Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
2. Salut dengan bahan salut. Goreng hingga garing dan kekuningan.
3. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
4. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
5. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.
- 2 isi dada ayam (bersih dan keringkan)
Bahan perap:
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh minyak bijan
- sedikit pepper
- 1 biji telur
Bahan salut:
- 5 sudu besar tepung
- 5 sudu besar breadcrumbs
Bahan sos
- 1 sudu besar sos plum
- 3 1/2 sudu besar jus lemon
- 2 sudu besar cuka
- 4 sudu besar gula
- 2 sudu teh tepung jagung
- Minyak secukupnya
Cara-Cara Memasak:
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
2. Salut dengan bahan salut. Goreng hingga garing dan kekuningan.
3. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
4. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat.
5. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.
HARI KE-21: SIAKAP BAKAR SAMBAL BEREMPAH
- 1 ekor siakap / ikan lain
- 4 s/b cili kisar
- 1/2 labu bwg besar (kisar)
- 1 ulas bwg putih (kisar)
- 1/2 inci halia (kisar)
- 1 s/b rempah kari ikan
- Air asam jawa
- Garam dan gula
- Sedikit minyak untuk menumis
- Daun pisang secukupnya
- Aluminium foil
Cara-Cara Memasak:
1. Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir.
2. Tumis semua bahan kisar bersama cili kisar dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
3. Di dalam kuali, lapik aluminium foil dan 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang..
4. Masak pada api sederhana hingga ikan masak.
5. Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...
- 4 s/b cili kisar
- 1/2 labu bwg besar (kisar)
- 1 ulas bwg putih (kisar)
- 1/2 inci halia (kisar)
- 1 s/b rempah kari ikan
- Air asam jawa
- Garam dan gula
- Sedikit minyak untuk menumis
- Daun pisang secukupnya
- Aluminium foil
Cara-Cara Memasak:
1. Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir.
2. Tumis semua bahan kisar bersama cili kisar dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa.
3. Di dalam kuali, lapik aluminium foil dan 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang..
4. Masak pada api sederhana hingga ikan masak.
5. Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...
HARI KE-22: UDANG KARI THAI
Bahan-Bahan:
- 700gm udang galah dibersihkan
- 350gm hirisan nenas, pilih yang manis
- 1 genggam daun selasih
- 3 helai daun limau purut
- 2 sudu teh sos ikan
- Garam dan gula secukup rasa
- 500 ml santan cair
- 300 ml pati santan
- 2 sudu makan jus limau nipis
Bahan Kisar Halus:
- 10 biji cili merah
- 2 batang serai
- 1cm lengkuas
- 3 tangkai daun ketumbar
- 2 sudu teh hirisan kulit limau purut
- 10 -15 biji lada hitam
- 2 sudu teh jintan manis
- Sedikit belacan
- 3cm kunyit hidup
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nenas, daun limau purut, sos ikan, sedikit garam dan gula. Gaul rata dan tuang santan cair.
3. Bila mendidih, masukkan udang.. Masak 2 – 3 minit dan tuang pati santan.
4. Kacau rata. Biar mendidih perlahan hingga pecah minyak.
5. Masukkan daun selasih dan jus limau nipis. Kacau rata dan jika kurang masin boleh tambah garam lagi.
6. Biar mendidih 1 – 2 minit , tutup api. Hidangkan segera bersama nasi panas.
HARI KE-23: AYAM MASAK CILI KERING
Bahan-Bahan:
- Bawang merah - mayang dan potong besar (2 versi)
- Bawang putih (mayang)
- Lada besar 1 biji (mayang)
- Cili padi 3 biji (mayang)
- Cili kering 10 tangkai (potong kecil)
- Daun kari
- Sos cili, sos tomato dan sos tiram
- Paste asam jawa
- Tepung gandum
- Telur
Cara-Cara Memasak:
1. Ayam potong kecik.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng.
3. Toskan minyak ayam.
4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
7. Masukkan sedikit air.
8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!
HARI KE-24: DAGING DENDENG
Bahan-Bahan:
Bahan Perap (semalaman atau 5-6 jam):
1. Daging (hiris nipis)
2. Kicap (letak la berapa sudu ikut kesesuaian banyak mana daging yang digunakan)
3. Sos Tiram (ikut kesesuaian)
Bahan Tumis:
1. 3 biji bawang putih (kisar)
2. 4 biji bawang merah (kalau nak tambah lagi pun boleh) dikisar
3. 5 sudu besar cili kering kisar
4. 2 helai daun limau purut
5. Gula, garam /penambah perasa secukupnya
Cara-Cara Memasak:
1. Goreng bahan yang telah diperap tadi dan tumbuk2 manja (dalam lesung batu)
2. Guna minyak yang sama untuk menumis bahan kisar (bawang putih dan bawang merah)
3. Masukkan cili kering kisar
4. Masukkan gula, garam, limau purut
5. Masukkan daging yang digoreng dan ditumbuk tadi dan siap! sedia untuk dihidang
HARI KE-25: UDANG MASAK ASAM
Bahan-Bahan:
- 5 ekor udang (cuci dan toskan)
- 1 biji cili padi
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- Sedikit air asam jawa
- Garam , gula secukuprasa
- Sedikit kunyit
- Sedikit air
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak , tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan dan naik bau..
2. Kemudian masukkan udang , garam dan kunyit.. kacau rata..
3. Masukkan air asam jawa dan sedikit air untuk dijadikan kuah. biarkan mendidih seketika.
4. Akhir sekali masukkan cili padi , bawang besar dan sedikit gula. Kacau rata
5. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
HARI KE-26: IKAN BILIS DAN PETAI GORENG PEDAS
Bahan-Bahan:
- 1 mangkuk ikan bilis (goreng garing)
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam & Gula
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, masukkan petai, garam, gula dan cili api.
2. Selepas masak semua masukkan ikan bilis yang dah di goreng garing.. Kacau sekata.
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, masukkan petai, garam, gula dan cili api.
2. Selepas masak semua masukkan ikan bilis yang dah di goreng garing.. Kacau sekata.
HARI KE-27: AYAM SERAI PEDAS
Bahan-Bahan:
- 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja)
*ayam tu gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.
- 1 batang serai (dititik)
- 5 helai daun limau purut
- 2 biji cili besar (ditumbuk / dikisar)
- 6 biji cili padi (ditumbuk / dikisar)
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk / dikisar)
- 1 ulas bawang merah (ditumbuk / dikisar)
- 1 sudu sos ikan / sos nampla
- 1 sudu sos tiram
- secubit gula
- kiub pati ayam
- sedikit perahan limau nipis
- sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara Memasak:
1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah.
2. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
4. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan kiub pati ayam.
5. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.
HARI KE-28: DAGING BAKAR
Bahan-Bahan:
- 600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk lada
- 4 ulas bawang merah
- 500 ml santan pekat
- 1 labu bawang besar
- Garam
Cara-Cara Memasak:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.
HARI KE-29: IKAN PARI AIR ASAM
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan pari (direbus dengan asam keping dan sedikit garam)
Bahan Air Asam:
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 1 biji tomato segar (dipotong dadu)
- 10 biji cili api (dihiris halus)
- 2 tangkai cili merah
- 2.5cm belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- 500ml bancuhan air asam jawa
Cara-Cara Memasak:
1. Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
2. Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
3. Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
4. Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
5. Sedia dihidangkan.
Info : Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
HARI KE-30: UDANG MASAK LEMAK
Bahan-Bahan:
- 10 ekor udang (potong janggutnya dan bersihkan)
- 1 biji nenas (potong dadu)
- 2 biji tomato (belah empat)
- 2 biji cili merah (hiris)
- 2 keping asam gelugur
- 2 batang serai (titik)
- 1 helai daun kunyit (koyakkan)
- 1 mangkuk santan
- 1/2 mangkuk air
- Garam dan gula secukupnya
Bahan Kisar:
- 8 biji cili api
- 3 biji bawang merah
- 1 inci kunyit hidup
Cara-Cara Memasak:
1. Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air.
2. Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nenas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
4. Perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
5. Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.
SELAMAT MENCUBA!
sedap oiii semuanya.. !
ReplyDeleteAda yang kak PC dah masak...hehehe....
ReplyDeleteya Allah nasib baik dah berbuka, kalau tak dugaan betul ;D
ReplyDeletemcm2 menu ada..sempat or tk je nk masak kn....hehehe...akak ari cuti bole la masak2..ari kj biasanya makmertua or hubby yg masak
ReplyDeleteadoii...semua makanan sedappp
ReplyDelete