TEDDYVILLE MUSEUM ADALAH MUZIUM TERCOMEL DI PENANG | Hai korang! Baru-baru ni Busyra ada jenjalan ke sebuah muzium tercomel di Penang tau. Serius comel tak tipu. hehe.. Untuk pengetahuan korang, TeddyVille dibuka sejak tahun 2016 di DoubleTree Resort, Hilton Penang. Apa yang diceritakan di sini? Sejarah beruang teddy serta budaya Pulau Pinang.. Nak tahu lebih lagi? Jom teruskan membaca.
Di Galeri TeddyVille ini lah bermula story tentang sejarah dan asal usul beruang! Unik sangat wei. Busyra sebelum ni tak pernah tau pun. heee. Koleksi-koleksi Teddy Bears ni adalah dari pelbagai negara dan era; seawal tahun 1900-an.
Golden Teddy (America)
Ini salah satunya. Setiap Teddy ada penceritaannya tersendiri. Tapi kalau busyra nak story one by one, esok pun tak habis . hehe
Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama
Rumah P. Ramlee
Rumah kepada pelakon, pengarah, penyanyi, penulis lagu, komposer dan penerbit filem Malaysia.. Al-Fatihah
Warung Mamak
Perayaan Tahun Baru Cina
Baba and Nyonya
Free Industrial Zone Penang
Kedai Gunting Rambut yang dibuka oleh orang India
Datuk Jimmy Choo
Beliau seorang pereka kasut kelahiran Pulau Pinang yang berpusat di London, England.
Gurney Drive Pulau Pinang
Tempat pelancong datang untuk merasai makanan tempatan
Pantai Batu Ferringhi
Banyak betul pelancong datang ke sini.. korang nampak tak ada perempuan cantik pakai bikini tu. :p
Proses Perusahaan Batik
Sememangnya kraftangan batik ini menjadi tradisi Malaysia sejak dulu lagi.
Poseeee! Beary Shiok!!
Bagi Teddy lovers, korang memang wajib datang ke sini! Bukan sekadar jalan-jalan je tau tapi korang boleh mengetahui sedikit sebanyak budaya Pulau Pinang dan dapat berinteraksi dengan Cik Teddy. haha. Bergambar laaa, apa lagi kann.
Kanak-kanak mesti suka ni. hehe.. Lepas dah selesai snap pic berjemaah, korang boleh membeli cenderahati yang menarik untuk dijadikan kenangan.
Harga Tiket
Pemegang My Kad
Dewasa : RM 27.00
Pelajar : RM 22.00
Kanak-kanak : RM 15.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun : PERCUMA
Bukan Pemegang My Kad
Dewasa: RM 36.00
Pelajar: RM 29.00
Kanak-kanak: RM 25.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun: PERCUMA
Info Lanjut
Facebook: TeddyVille Museum
Hotline: 016-550 5949
Alamat: GF ( Double Tree Resort By Hilton Hotel Penang),
56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (9:00 am – 6:00 pm)
ahhhhh comel nyaa. nak gi jugak lah
ReplyDeleteHehehe....cute semuanya...bear pakai tudung tu tak boleh tahan...ayu bukan main...eh ^^
ReplyDeletewow ! bestnya pi muzium teddy... :)
ReplyDeletebestnya pi teddy musuem.. :D
ReplyDeleteAlahai comelnyaaa teddy. Banyak pulak tu
ReplyDeletebnyk giler teddy ! memang bestkan masuk musium sebab bnyk benda yg kita tak tahu. sambil tu blaja secara cute. bukan baca semata-mata. tapi harga dia erkkkk skit.
ReplyDeletecomelnyaaaa semuaaaaa bear2 tu.size pun besar cam kita jer..hee
ReplyDeleteSampai sekarang anak menakan duk ungkit bila nak bawak depa pi situ, hahaha. matilanakkk.
ReplyDelete