RESEPI UDANG GORENG BUTTER SEDAP | Hai semua.. Siapa favorite dia udang? tak kisah lah masak apa pun.. Janji berasaskan udang. Kita geng! Busyra dalam banyak-banyak makanan laut busyra paling suka udang walaupun ada alahan resdung. Telan je la.. asalkan sedap dek tekak. haha. Tadi, busyra ada masak resepi yang sangat mudah iaitu udang goreng butter! Jom tengok cara-caranya.
Bahan-bahan untuk buat sarang telur:
2 biji telur kuning
1 senduk butter/ marjerin
Sedikit minyak masak
Pukul telur kuning.. ringan-ringan saja okay. Kemudian, panaskan butter dan minyak.. Gunakan senduk berbentuk bulat supaya senang untuk buat putaran dalam kuali. Tuangkan kuning telur sedikit demi sedikit dan kacau laju-laju tanpa henti sehingga naik buih dan nampak kuning telur tadi masak dan berwarna keemasan. Lepas tu, toskan atas tisu dapur/ penapis besi. biar minyak dan butter tersejat.
**tuang kuning telur tu tinggi sikit lagi bagus..sambil tuang sambil kacau laju-laju tau. kalau kacau slow-slow tak menjadi**
Bahan-bahan lain
Udang
Sedikit tepung gandum (untuk menggoreng udang)
2 tangkai daun kari
3 biji bawang putih (dihiris)
5 tangkai cili padi (dihiris)
Sedikit butter untuk menumis
Salut udang dengan tepung gandum. Goreng dalam minyak yang panas dan pastikan minyak tenggelamkan udang. Setelah nampak udang kekuningan, angkat dan toskan. Untuk menumis pula, masukkan sedikit butter, bawang putih, daun kari dan cili padi. Kacau seketika. Kemudian bila dah naik bau, masukkan udang yang digoreng tadi.. Kacau lagi dan boleh angkat letak atas pinggan. Akhir sekali taburkan sarang telur tadi.. Siappp! sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba!
Ratah je ni Busyra...sedap...mahu 2 pinggan udang goreng butter ni selamat mendarat dalam perut...
ReplyDeletesedapnya. udang dah la fav sha. mudah jugak buat ni, nak try lah kalau rajin hihi
ReplyDeletesedapnya!!!
ReplyDeleteomaigaddd ni mmg faveret..kite suke semua yg masak butter haahah ayam butter.. apetah lagi udang buttter.. mmg ummphhh
ReplyDeleteHuhu... Saya pun suka udang. Masaklah resepi apa... Tetap jugak suka 😊
ReplyDeletenampak sedap ni
ReplyDeleteAll time fav. Selamat baru lepas makan butter prawn ni semalam. Kalau tak, telan ayaq liur ja. Hehe
ReplyDeletewowww sedap.tq for info...
ReplyDeletesudi2 la jenguk blog saya yg baru nih..tqvm
https://rosapegitravel.blogspot.my
Aduh, lapar terus nampak gambar udang yang menyelerakan..
ReplyDeleteAduhaiii sdapnyeee.. Mmg betul2 fvrite sis nih..
ReplyDelete