JALAN-JALAN | IKAN MASIN TANJUNG DAWAI MURAH GILA!

JALAN-JALAN  | IKAN MASIN TANJUNG DAWAI MURAH GILA! | Seronoknya mak busyra dapat borong ikan masin, ikan kering di tanjung dawai.. Sambil-sambil membeli tu boleh lah santai-santai ambil angin laut sepoi-sepoi bahasa.. best tuu. al maklum rumah busyra jauh dari laut. haha.. walaupun tanjung dawai ni di negeri kedah, tapi busyra bukan selalu datang pun. Boleh kira pakai jari berapa kali sangat datang sini. tapi apa yang pasti ikan masin tanjung dawai murah gila! ikan masin kan tahan lama, beli ja banyak-banyak simpan buat stok!

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Sesampai ja di tanjung dawai tu, bukan terus pergi beli barang tapi kita pekena dulu mee udang tanjung dawai! sebenarnya banyak dekat sini jual mee udang tapi ada yang sedap dan ada yang kurang menyengat.. hehe. yang busyra makan ni boleh la. 3.5/5. busyra penah makan dekat kedai lain sebelum ni, cuma kedai tu tak buka pulak hari yang busyra pergi tu.. So, terpaksalah try makan di kedai lain..

Mee Udang Tanjung Dawai

Harganya RM18 .. yang busyra cakap ada kedai lagi sedap tu, yang tu baru RM15, mee udang dia masak dalam clay pot.. korang boleh baca dekat SINI.. simple entri busyra masa Jan 2016.. Tak lepas jugak untuk try abc!. abc busyra bagi 4/5.. sedap jugak sebab manis semua cukup.. susu, air merah semua lah..

Abc Tanjung Dawai

okay, perut dah settle! hehe. moh ler kita beli ikan masin pulak. peniaga dekat sini bagus, ramah tamah.. yelakan nak berniaga kena ramah, baru pembeli masuk kedai.. macam-macam mak borong beli. ada ikan masin, ikan kering, sotong kering, keropok lekor, belacan.. macam-macam la.. harga semua berpatutan dan murah. nak lebih detail tu busyra pun tak pasti.. tapi datang sini bawa bawah RM100 pun dah boleh beli macam-macam..

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Bagi yang belum pernah berkunjung ke tanjung dawai, macam ni la situasinya.. ada kedai banyak-banyak.. bukan di lot kedai ni saja, ada banyak lagi di bangunan lot kedai yang lain..

Pelbagai jenis ikan bilis

Bermacam jenis ikan bilis, ikan masin, ikan kering.. sampai pening nak pilih yang mana. hehe. kita tukang ambil gambar je.. hahaha

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Settle membeli belah ! View laut di tanjung dawai.. cantik, damai.. banyak nelayan yang baru nak naik bot pergi ke seberang..

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Tanjung Dawai Destinasi Perlancongan

Korang penah ke sini tak? share la sikit pengalaman membeli dan makan di sini.. Okay, jumpa lagi nanti di lain entri!

3 comments

  1. Ni kalau bawa mak kak ana boleh shopping sakan dia dibuatnya.ikan masin nampak cantik2 tu.
    Wah nampak sedap mee udang tu. Udang pun boleh tahan saiz dia.

    ReplyDelete
  2. Agak lama CCL tak jejalan kat tanjung dawai ni . Kalau turun sini wajib pekena mee udang .

    ReplyDelete
  3. tak pernah sampai ke sini..kat mana ni, busyra..rambang mata tengok memacam gantung2 tu..mmg menarik ni klu terjah ke sana..

    ReplyDelete