FOOD REVIEW | BOAT NOODLE AMAN CENTRAL ALOR SETAR


Hai semua.. Alhamdulillah dah masuk tahun baru 2018. Semoga tahun 2018 lebih baik dari tahun sebelumnya.. Fokus pada apa yang ingin dicapai, InshaAllah. Untuk penutup tahun 2017 busyra dan kawan pergi makan boat noodle di aman central, Kedah.. yeszaaa makan lagi! hehe. tapi seriously memang tak rugi sebab sedap!


memang sesak gila nak masuk boat noodle haritu, 31.12 busyra pergi.. mana tak nya akhir tahun kan. sampaikan sanggup busyra tunggu turn. sebab nak makan punya pasal. haha. apa ada hal setakat nak tunggu 10 minit. dengan makanan tewas weiii.. 


akhirnya dapat jugak kami tempat duduk.. air dan makanan pun dah sampai.. green tea dengan teh ais dia power beb! busyra punya confirmlah green tea kan! tapi ikut tempat jugak sebab ada sesetengah kedai tak pandai buat green tea.. jadi pahit.


Thai Fried Chicken RM12.19

Ayam lembut didalam dan rangup diluar.. cicah pula dengan sos thai. pedas-pedas, memang sedap. rasanya semua cukuplah.. ehhh kau ala-ala chef pulakk. hehe


 Springy Chicken (Sour) RM2.01 
(busyra try dalam 4 mangkuk je sebab order yang lain lagi kan)


Cha Keow Yen (Thai Green Tea) & Cha Yen (Thai Tea) RM6.25 
(Harga air ni masa promosi saja, kalau normal price RM8.37)


Hot Steamy Sangkayaa RM7.31

Roti lembut sangat dan kaya pandan tu ya Allah, sedap! macam nak balik try sendiri dekat rumah..  even memang dah tau tak sesedap disini. hahahah,


Tasty Chicken Wings (5pcs) RM10.49


Tempat dia memang busyra suka sebab bersih dan kemas.. tersusun even tempat agak sempit sikit. Layanan pun bagus tak ada la lambat sangat.


Done! perut pun dah selamat berehat dengan tenangnya. haha.. Rating 4.8/5.. Next time memang akan repeat lagi dekat sini.. kena dengan selera.. makanan semua sedap!

9 comments

  1. Ramai dah ke boat noodles. Kak ana tak sampai2 lagi. Haha. Ketinggalan keretapi sgt ni. Sangkaya tu semua pun kata sedap giler. Haishhh nak kena terjah juga BN ni.

    ReplyDelete
  2. Thai green tea tu nampak maveles sangat.. wargh!!

    ReplyDelete
  3. nampak banyak menu kan..air pun banyak dan nampak sedap berbanding tempat yang akak pergi hari tu..sakit jiwa dan raga...next time nak ke tempat lain pulak la

    ReplyDelete
  4. Hot Steamy Sangkayaa tu nampak sedaplah Busyra..

    ReplyDelete
  5. Suka jugak lepak dekat Boat Noodle ni. Sedaap :)

    ReplyDelete
  6. Kalau makan BT, akan amik sangkaya and bayam goreng tepung.. Green tea dia mmg the best..:3

    ReplyDelete
  7. boleh tahan harga chicken wings tu

    ReplyDelete
  8. Kalau pergi aman central ni tempat wajib CCL kena lepak kat boat noodles ni . Kenyangkan perut kat sini haa .. makanan kat sini semua menepati selera ccl

    ReplyDelete
  9. rabia dah pergi boat noodle ni.makan thai fried chicken dan thai nasi goreng

    ReplyDelete

prev
next