Semalam dah kali ketiga busyra dan akak busyra try and error buat crispy choco jar. buat experimen sikit! hehe. Sebelum ni beli je dekat agen-agen yang jual choco jar ni. Mahal jugak sebalang besar RM10.. Dalam hati ni, ala mudah je nak buat choco jar ni. letak coklat dan bubble rice je pun dalam jar tapi hakikatnyaaa susahhh! serius cakap. kalau tak pandai buat jangan cakap besar busyra. haha.. lemau habis kau punya bubble rice tu. tak pun coklat keras tak sedap!
Dari 2 kali buat sebelumnya tu, ni kali ketiga cuba baru menjadi dengan jayanya! yang penting bubble rice tak lemau dan coklat sedap! jimat pun jimat, puas pun puas makan! busyra memang suka gila dengan choco jar ni. kalau tengah layan movie tu, mulut nak mengunyah je kejanya. haha
Bahannya memang sangat simple lah kan.. Coklat, Bubble Rice dan Jar or apa-apa bekas yang ada.. tapi busyra memang suka guna balang kaca. nampak lebih proper gituuu.. hahhh kau nak makan pun nak proper. hehe.
Ada 6 balang kaca untuk resepi choco jar ni dan 1 bekas bubble rice.. busyra terlupa nak snap pic plastik bubble rice ni. korang boleh beli dekat kedai bahan-bahan bakeri, mesti ada.
Caranya adalah goreng terlebih dahulu bubble rice ni tanpa minyak tau! jangan letak minyak pulak. haha. goreng dengan api kecil. Bila dah rasa rangup tu, boleh angkat dan biarkan sekejap sebelum dimasukkan dalam balang. Jangan terus masukkan tau, sebab panas.
Untuk masak coklat pula, busyra gunakan coklat cadbury.. nak buat makan boleh la guna coklat sedap sikit. kalau nak buat jual selalunya penjual akan guna coklat compound. pun sedap jugak! Masak coklat menggunakan kaedah double boiler. dan Tips untuk menyedapkan coklat adalah masukkan 2 sudu minyak masak terlebih dahulu sebelum memasukkan coklat ke dalam periuk. Busyra tak guna mentega. sebab before ni dah try guna. tapi tak menjadi.
Lepas coklat dah masak, biarkan seketika. Jangan terus masukkan coklat dalam balang yang dah berisi bubble rice ye. Sebab kalau masukkan juga, itulah yang buatkan bubble rice tu jadi lemau! tak sedap. Bila coklat dah sejuk barulah tuang ke dalam balang.. layerkan bubble rice dan coklat.
Siappp! dapat 6 balang kaca even tak penuh sangat. hehe. Busyra tak masukkan pun dalam peti sejuk. letak suhu bilik biasa saja. dan bila nak makan tak perlu pun nak panaskan semula supaya coklat tu cair. Just terus makan saja! Sebab ada sesetangah coklat perlu panaskan semula jar tu sebelum dimakan. maybe penggunaan coklat yang berlainan. Jadi busyra sarankan kalau nak buat untuk makan dirumah saja, gunalah coklat cadbury. sedap sangat sangat.. dan coklat cadbury tak mengeras bila simpan lama. sentiasa cair.
Nampak je kan macam coklat tu sikit before kacau. tapi bila dah kacau sebati dengan bubble rice tu.. coklat meleleh weyhh!! rasa coklat dan rangup bubble tu yang sedap! Busyra dan akak busyra sebenarnya mencari bubble rice warna putih, tapi di kedai tu habis pula. then terpaksalah beli yang warna koko.
Yang belum cuba, Selamat Mencuba! Ikut cara masak yang busyra bagi tu tau, confirm choco jar korang crispy dan tak lemau!
Comelnya botol yang busyra guna ni. Beli kat ane? Senang je nak wat rupanya
ReplyDeletebusyra beli kedai 2 ringgit je akak.. hehe
Deletemeleleh ni!!buat hal ni busyra!resipi wajib cuba ni!!hahahha
ReplyDeletepernh mkn sbb menang contest...tp tkpernh tyr la buat sdiri
ReplyDeleteSedapnya jadi kan kudapan masa tgk tv ni. Comel sgt jar tu busyra. Colorful lagi. Nak try buat juga lah. Syafi mesti suka.
ReplyDeleteWah..nikmat ni...alhamdulillah tahniah berjaya diketiga kali ya Busyra..
ReplyDeletemesti sedap sangat ni kan
ReplyDeletesenangnya nk bt boleh cuba. xpayah beli dh
ReplyDeleteBushra beli kat mne ye jar tu. Comel sgt! Coklat cairkan guna minyak ok je kan. Kalau butter nnt keras btul x
ReplyDeletebusyra beli dkt kedai rm2 ja intan.. hehe.
Deleteye betul. cairkan dgn minyak. kalau guna mentega jd keras dan bubble rice cepat lemau.
Klau campur coklat kompaun n cadbury sedap x, bubble rice tu nk kena sangai brp lama
ReplyDeleteboleh jgk. cuma awk kena pandai pilih coklat kompaun yg sedap. ada pelbagai jenis coklat dkt kedai. bubble rice tu sy agak-agak saja. tengah sangai tu awk rasa la satu, kalau dah rasa krup krup tu. kira cun la tu. hehe.
DeleteThank you dor the sharing
ReplyDeletecomel botol
ReplyDeletenak tnye ,, 2 sudu minyak utk brape gram chocolate ?
ReplyDeleteKalau letak dalam bekas plastik lemau ke?
ReplyDeletesaya tak pasti yg tu awk. tp untuk elakkan jd lemau better letak dalam bekas kaca. :)
DeleteMasa masuk minyak kena tgu minyak panas br masuk coklat cadbury ke? Atau x yah tgu panas pun minyak nye? Hahaha
ReplyDeletehehe. tak panas pun tak pe awak. masukkan saja. nnti kacau2 sekali dengan coklat. Minyak masak tu untuk mnyedapkan lagi rasa coklat.
DeleteKalau guna choco crunch, kene sangai tak?
ReplyDeletesy tak pernah try lg. tapi pernah terbaca satu website yang dimana choco crunch juga kena sangai untuk rasa yg lebih rangup dan tahan lama. harap membantu :)
DeletePasti sedap sangat. Thanks for sharing..
ReplyDeleteOwh.. macam tu rupanya.. Boleh cuba buat ini untuk anak-anak.. tq share Busyra..
ReplyDeleteSenang dah nak buat sendiri coco jar ni.
ReplyDeletebotol pun nampak comel
ReplyDeleteNampak sedap! Rasa macam nk cuba malam ni juga!
ReplyDeletesama laaa dh buat 2x lps tu tak jd. coklat jd keras lps sejuk. buang mcm tu saja. tp nina bt guna koko krunch
ReplyDelete