REWARD GLOWING SPRAY BGM KEPADA PENGOMEN TEGAR

Reward Glowing Spray BGM kepada Pengomen Tegar | Hai semua.. Seperti yang busyra janjikan dalam entri-entri lepas, busyra nak bagi reward sikit kepada pegomen tegar yang tak pernah jemu masuk dan komen di blog busyra.. Top komentator ni busyra buat untuk 3 bulan iaitu bulan 8, 9, 10.. Tapi kalau busyra tak buat widget top komentar ni pun busyra dah boleh agak nama siapa yang jadi pegomen tegar di blog busyra.. Reward ni tak seberapa pun dibandingkan dengan masa readers busyra habiskan untuk baca entri-entri di blog ni..

Glowing Spray BGM

Inilah produk yang busyra jual.. Produk dari Bihan Girly Makeup (BGM).. produk ni bukan busyra nak puji untuk lariskan bisnes. tapi memang betul-betul best! kalau tak percaya korang kena try dulu, baru tau best ke tak. Produk BGM ni ada yang satu set iaitu ada foundation dan glowing spray. Kalau tak nak foundation pun boleh beli glowing spray saja. busyra jual yang loose item jugak. Bagi busyra kalau nak lawa better beli satu set sebab lagi jimat!

Set Makup Kit BGM

Kelebihan Glowing Spray BGM

1. Membuat effect muka lebih glowing dan makeup tahan lama lebih dari 12 jam. 
2. Glowing spray ni juga sesuai untuk semua jenis kulit
3. Membantu mengelakkan makeup crack
4. Mengawal penghasilan sebum
5. Mengecilkan pori
6. Menjadikan makeup lebih matte
7. Merawat dan melembapkan kulit wajah
8. Memudahkan untuk blend foundation 

Glowing Spray BGM

Botol glowing spray BGM ni memang comel dan sesuai dibawa kemana saja. Boleh masukkan dalam beg tangan korang tu. kalau keluar berjalan dan rasa kulit dah kusam, boleh sembur glowing spray ni, muka akan jadi segar semula sebab dalam spray ni ada air rose. Bau yang sangat wangi! Harga untuk glowing spray BGM ni adalah RM49..


Panjangnya explain pasal glowing spray! hehe. okay-okay. so kita berbalik pada siapa top komentar yang akan dapat glowing spray BGM. orangnya adalahhhhh Blogger Ana Suhana ..Terima kasih kak ana sebab tak pernah jemu komen di blog busyra. So, inilah reward untuk kak ana. Minta kak ana bagi detail di whatsapp ye. Isnin ni busyra akan pos. Di bawah ni busyra senaraikan 5 top komentar yang selalu masuk di blog busyra dan tinggalkan komen positif! thank you.

Top Komentator

Abaikan nama busyra tu. haha. sebab tak boleh nama skip nama sendiri, tak tau kenapa widget top komen jadi macam tu. Pada yang lain, yang tak masuk dalam top komen ni pun busyra nak ucap thanks sangat. Banyak sebenarnya blogger yang masuk dan tinggalkan komen. Busyra ingat nama-nama yang pernah terjah blog busyra.. InshaAllah bulan depan kita bagi lagi hadiah.. sesiapa yang nak dapat reward dari busyra boleh lah selalu tinggalkan komen di blog busyra. Bagi readers busyra yang tak ada blog pun boleh tinggalkan komen asalkan korang ada akaun gmail.. :) 

Yang berminat nak order Produk BGM dengan busyra boleh whatsapp busyra okay.. 0146729316 dan yang nak jadi dropship busyra pun bolehh.. nak jana pendapatan bulan-bulan.. haaaa sempat lagi kauu berdrama marketing dekat sini.. haha. okay bai!

15 comments

  1. wah...bestnya busyra... tahniah lah kepada yang bertuah tu..

    ReplyDelete
  2. Ana memang rajin blogwalking.. baguss... tahniah ana suhana & reader2 busyra yang lain

    ReplyDelete
  3. wahh tahniah kepada Ana Suhana..rezeki jumaat..hehehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya....nnt kak lina hari2 datang ye....hihi

    ReplyDelete
  5. Tahniah pada pemenang btuah . Lepas ni makin glowing lah

    ReplyDelete
  6. wah tahniah ana.. memang ana rajin singgah dan komen blog

    ReplyDelete
  7. murah rezeki bg hadiah ni...tahniahhh

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. ada rezeki nampaknya.. terima kasih busyra.. semoga murah rezeki busyra dan semoga business busyra terus berjaya 😍😍

    ReplyDelete
  9. Ana mmg rajin terjah blog.❤ tahniah ana.

    Spray tu nmpk mnrik.siap ada bau rose lak tu.

    ReplyDelete
  10. wah best nya..tahniah pada yang menang.. =)

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada pemenang. Baru tahu kehadiran produk ini :D

    ReplyDelete
  12. menarik spray ni. tahniah kepada top komentator.

    ReplyDelete