KEK OREO VIRAL VERSI KUKUS MUDAH DAN MURAH


Hai.. busyra nak share dengan korang satu resepi yang simple sangat-sangat.. Bajet bahan bawah RM10 saja. Resepi ni busyra ambil di facebook. Kredit to facebook Hana Ramli.. Nanti busyra nak try buat lah! sebab I peminat oreo uolss. hehe

Pertama

Bahan-bahan nya adalah 2 oreo pek panjang dan sekotak kecil susu coklat 

Kedua

Masukkan susu dan oreo dalam blender dan pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada. hehe

Ketiga

Blend sampai hancur, boleh lihat dalam gambar diatas

Keempat

Isi adunan tadi dalam bekas yang sesuai untuk dikukus. Untuk pastikan kek sudah masak boleh cucuk guna garfu, kalau adunan masih melekat pada garfu bermakna kek belum masak. Kukus lebih kurang dalam 40 minit. Api sederhana besar. 

Kelima

Siap selepas kukus! moist dan padat. Makan sekeping pun dah kenyang. Sebelum makan bagi kek tu sejuk sekejap. rest dulu.

Keenam

Akhir sekali boleh tuang topping coklat. Kalau tak nak letak pun tak apa. Coklat untuk topping ni boleh guna coklat jenis apapun. asalkan sedap.

Selamat Mencuba

15 comments

  1. Wah menarik ni. Bahan pun ringkas ajer. Nanti nak cubalah hehee

    ReplyDelete
  2. senangnyaaa! Nanti nak try lah jugak :D

    ReplyDelete
  3. Sangat mudah dan jimat ni..insyaAllah boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  4. wah...senang betul lah resepi nya...bolehla wat nanti

    ReplyDelete
  5. Senangnya busyra resipi kek ni. Kak ana nk cuba lah. Syafi hantu oreo.

    ReplyDelete
  6. akak dah 'simpan baik2' kat fb... bila entah nak try buat, tapi tengok gambar tu macam sedap sangat tambah2 ada topping coklat ....

    ReplyDelete
  7. Nak try buatlah.. Mudah sangat nie..

    ReplyDelete
  8. Okey bookmark tepi. Nanti nak cuba jugak resepi simple yang amat ni

    ReplyDelete
  9. Baru je tengok resepi ni kat FB semalam. Busyra buat dah haa. Hihi.

    ReplyDelete
  10. Famous betul resepi ni. Akak je belum cuba lagi. Hehe

    ReplyDelete
  11. CCL dah try resepi ni memang sedap dan menjadi

    ReplyDelete
  12. sy dah cuba hehe~
    Alhamdulillah menjadi, tp mungkin perlu tambah lgi kot bahan. Hahaha

    ReplyDelete